Dua Pelajar 16 dan 17 tahun Ditahan Kerana Miliki Pistol


 Dua Pelajar 16 dan 17 tahun Ditahan Kerana Miliki Pistol-DUA pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun di Negeri Sembilan berhadapan kemungkinan ke tali gantung apabila ditahan kerana memiliki sepucuk pistol.

Dilaporkan pada jam 1 pagi pada 10 Ogos lalu, sepasukan polis dari balai polis Rahang telah menahan dua pelajar terbabit di asrama Murah Foundation di Gadong Lalang Ampangan, Seremban.
Penahanan dua pelajar itu dibuat berdasarkan hasil maklumat awam.

Dalam serbuan berkenaan, pihak berkuasa menemui sepucuk pistol jenis Colt 380 Auto Mustang Pocketlite berwarna perak kehitaman dengan katrij dan beberapa butir peluru turut dirampas.
Kedua-dua pelajar terbabit dibawa ke Balai Polis Rahang untuk disoalsiasat dan kes disiasat mengikut Akta 379 Kanun Keseksaan.
Jika disabit kesalahan, mereka berkemungkinan akan dikenakan hukuman gantung .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top