Atasi 'Mata Panda'6 Tips

Sape yang tidak cukup rehat, tidak cukup tidur...memang akan ada 'mata panda' a.k.a EYE BAG / DARK CIRCELS, whatever u call it..hehehe. Uuu...tapi ngeri seh kalau tengok cermin kita ada 'mata panda' ni!
Sebenarnya banyak faktor yg boleh menyebabkan 'mata panda' ni, contohnya faktor keturunan, alergi, usia, kekurangan zat besi dan kebanyakan adalah faktor keletihan.
Oleh kerana lately ni Gampang Vs Gempak selalu juga x cukup rehat, x cukup tidur...risau juga lah muncul 'mata panda' ni. So, untuk elakkan 'mata panda' ni, Gampang Vs Gempak dah standby siap2 dengan tips2 yang mungkin boleh diamalkan untuk mengelakkan atau merawat 'mata panda' ni. Jom cekidout:-
  • Tips1 : Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata 2x sehari. Lakukan setiap hari sehingga dapat hasil yang memuaskan.
  • Tips2 : Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan di dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.
  • Tips3 : Kupas kentang, bersihkan dan potong nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.
  • Tips4 : Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur.
  • Tips5 : Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.
  • Tips6 : Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutamanya pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih. Amalkan selalu sebelum tidur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top