HOME »
Berita Semasa
»
Tapak Bazar:Dua Kumpulan Gangster Gaduh Di Klang
Tapak Bazar:Dua Kumpulan Gangster Gaduh Di Klang
Posted by Gampang on Thursday, July 02, 2015 |
Berita Semasa
Tapak Bazar:Dua Kumpulan Gangster Gaduh Di Klang|RAMADAN kali ini nampaknya negara banyak disajikan dengan cerita-cerita panas mengenai pergaduhan.
Kami yakin anda masih ingat kejadian memalukan apabila warga asing dihamun peniaga Melayu di bazar Ramadan Damansara Damai baru-baru ini.
Jika itu tak cukup memalukan, kini terdapat satu lagi kejadian yang boleh membuatkan anda ‘terduduk’ melihatkan perangai Melayu kita.
Satu pergaduhan antara dua kumpulan samseng Melayu dilaporkan berlaku di tapak bazar raya di Jalan Taiping, Klang awal pagi tadi.
Rakaman video tersebut dimuat naik oleh laman Facebook Friends of PDRM.
Ketika aksi bergasak dirakamkan, kedengaran suara pemuda berbaju hitam mengatakan“kau bukan budak-budak, kita boleh bawak bersembanglah” ujarnya.
Kedengaran juga salah seorang daripada mereka meminta rakan mengambil pistol dari dalam keretanya.
“Kunci…kunci…nak ambil pistol bos” antara audio yang didengar melalui video.
Ketika itu kelihatan seorang wanita cuba campur tangan bagi meredakan ketegangan yang berlaku.
Di ruangan komen, seorang pengguna berlaku sarkastik dengan menyifatkan memang perangai orang kita gemar menyukarkan sesuatu kerja.
“Hrmm..sy agk terkilan dgn sikap org melayu kita dlm video ni.. mcmana pistol boleh tertinggal dlm kereta? Knape x bawak jer dri awal2 lg kan senang.. suka buat keje 2 kali.. bila lh nk berubah sikap org kita ni,” tulis Reez Paez.
Tidak kurang juga seorang pengguna memberi komen sinis tentang pistol yang ‘tertinggal’ itu.
“Samseng taik kucing …sembang pistol bos….kalau betul2 tak cakap banyak….terus berdentum dah..suh bdak ambik pistol tp budak tu confius….mana pernah nampak pistol mercun bola ada la….p jgak la….sekian terima kasih,” tulis Nazarul Bin Mohd Syafiq.
Dikatakan laporan kepada pihak polis telah dibuat dan kami mengharapkan agar siasatan dapat dijalankan dengan secepat mungkin.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...


No comments: