Tambang Teksi, Bas Ekspres Naik .Pada Perayaan Ini


Tambang Teksi, Bas Ekspres Naik .Pada Perayaan Ini|Tambang teksi dinaikkan antara RM1.25 dan RM8.00 mengikut jarak perjalanan dan lokasi, manakala tambang bas ekspres naik 2.1 sen bagi setiap kilometer.
Dilaporkan, kenaikan tambang teksi akan berkuatkuasa serta-merta dan kenaikan tambang bas ekspres bagi setiap kolimeter akan bermula dari 1 April.
Menurut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini, ini adalah semakan semula pertama bagi tambang bas dan teksi sejak enam tahun lalu.
Media melaporkan, dengan kenaikan sebanyak RM1.50, penumpang yang menggunakan teksi bajet di Lembah Klang dan Johor Bahru perlu membayar RM8 bagi perjalanan sejauh lima kilometer berbanding RM6.50 sebelum ini.
Manakala, di Pulau Pinang, tambang Teksi 1Malaysia dinaikkan sebanyak RM8 iaitu daripada RM11.80 kepada RM19.80 bagi perjalanan sejauh 10 kilometer.
SPAD juga mempertimbangkan untuk menaikkan tambang perkhidmatan kereta api KTM Komuter, KTM Intercity, ETS, LRT dan Monorail yang akan diumumkan pada satu tarikh lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top