HOME »
Berita Semasa
»
Seorang lelaki tua berbangsa India, menemui ajal setelah tercekik ketika memakan sepotong dodol di rumahnya di Bukit Baru, Melaka.
Seorang lelaki tua berbangsa India, menemui ajal setelah tercekik ketika memakan sepotong dodol di rumahnya di Bukit Baru, Melaka.
Posted by Gampang on Thursday, July 23, 2015 |
Berita Semasa
Seorang lelaki tua berbangsa India, menemui ajal setelah tercekik ketika memakan sepotong dodol di rumahnya di Bukit Baru, Melaka.|INILAH yang dikatakan ajal maut itu ditangan Tuhan..
Seorang lelaki tua berbangsa India, menemui ajal setelah tercekik ketika memakan sepotong dodol di rumahnya di Bukit Baru, Melaka.
Lelaki berusia 67 tahun itu, dikatakan begitu mengidamkan dodol sebelum bulan puasa lagi dan pada 17 Julai iaitu hari raya pertama, mendiang tercekik akibat dodol yang dimakan tidak dikunyah dengan sebaiknya.
Dari pengalaman kami sendiri, makanan tradisional itu sememangnya agak liat dan perlu dikunyah berkali-kali kerana bahan buatannya terdiri daripada gula pasir, santan kelapa dan gula melaka yang melekit.
Dipercayai, punca kematian disebabkan mangsa tidak mengunyah dengan betul dan seterusnya panik apabila dodol mula menyekat saluran pernafasan.
Jika anda masih ingat, berita tentang Presiden Amerika Syarikat George W. Bush yang pengsan beberapa ketika kerana tercekik ketika memakan biskut, pernah menghiasi muka depan hampir kebanyakan akhbar tempatan pada Januari 2002.
Kejadian berlaku semasa Bush berseorangan menonton perlawanan bola sepak antara Baltimore Ravens dan Miami Dolphins menerusi kaca televisyen di sebuah bilik di White House.
Doktor yang merawat Bush, Richard Tubb berkata, bosnya itu mungkin pengsan disebabkan cara mengunyah dan menelan biskut yang tidak betul seterusnya mengakibatkan kadar degupan jantung yang perlahan.
Pengajaran daripada kemalangan itu Bush berkata, “Saya perlu mengikut nasihat ibu supaya mengunyah dahulu makanan sebelum menelannya dan memberikan perhatian ketika makan.”
Jadi, sekiranya anda berhadapan dengan masalah kecemasan tercekik, jangan panik, pastikan anda berada dalam keadaan sedar dan cuba batuk untuk mengeluarkan saki baki makanan yang tersekat sebelum segera ke hospital. PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: