Resepi Omelette Berinti Daging


Resepi Omelette Berinti Daging|Omelette berinti daging pernah makan?
Kalau tak pernah, sekarang i nak ajar macam mana nak buatnya…
Bahan-Bahan:

3 biji telur
3 sudu besar susu Full Cream
sedikit garam
keju parmesan/mozarella (optional)
minyak zaitun
Bahan untuk filling:
1/3 cawan daging kisar
1/2 biji kentang, diparut kasar
capsicum/lada benggala hijau, dihiris nipis
1/2 biji bawang, dihiris nipis
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali non stick dan tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan daging kisar, lada hitam dan sedikit garam. Kacau sehingga daging masak dan kering airnya.
2. Masukkan capsicum hijau dan parutan kentang, kacau selama 2-3 minit. Angkat dan sejukkan.
3. Dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu kecil minyak zaitun dan tuang bancuhan telur tadi. 
Masak di atas api yang perlahan. 4. Kacau dan balik-balikkan di tengah bahagian telur yang cair supaya masak sekata. Kemudian taburkan dengan bahan filling tadi di setengah bahagian telur sahaja supaya proses melipat telur menjadi mudah. Taburkan juga dengan cheese pilihan anda. 5. Lipat telur dan masak setiap bahagian selama 1-2 minit. Angkat dan hidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top