Polis Tidur Ketika Bertugas


Polis Tidur Ketika Bertugas|Dua anggota polis yang dirakam sedang tidur ketika bertugas di Balai Polis KomunitiMak Mandin, Seberang Perai Utara (SPU) diarahkan bertukar ke bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah SPU berkuatkuasa serta merta.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kertas siasatan tata tertib dibuka terhadap dua anggota berkenaan berikutan penyebaran gambar itu di laman sosial.
“Saya memandang serius perkara ini dan tindakan tegas akan diambil.
“Sementara menunggu keputusan tindakan disiplin, anggota terlibat diarah bertukar dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Terdahulu, gambar dua anggota berkenaan tersebar secara meluas di laman sosial danblog.

Gambar berkenaan menunjukkan dua anggota sedang nyenyak tidur di hadapan kaunter pertanyaan namun tidak dapat dipastikan bila gambar berkenaan dirakam.
Pengguna laman sosial kebanyakannya memberi reaksi negatif dan menggesa Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan bagi merungkai kesahihan gambar itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top