Michael Jackson Maut Terlanggar Bahu Jalan


Michael Jackson Maut Terlanggar Bahu Jalan|Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggang terbabas melanggar bahu jalan di Kilometer S3.7, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran susur keluar Puchong Intan, lewat malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.49 malam itu, mangsa, Michael Jackson @ J Stephan dipercayai dalam perjalanan dari arah Putrajaya ke Subang Jaya.
Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5  ditunggang mangsa terbabas, sebelum melanggar bahu kiri jalan.
Sumber berkata, mangsa terpelanting beberapa meter dan jatuh di jalan mati bersebelahan laluan lebuh raya tersebut.
“Kejadian hanya disedari orang awam yang melihat mayat mangsa di tepi jalan, sebelum bertindak menghubungi ambulans.
“Pegawai perubatan yang dikejarkan ke lokasi mengesahkan mangsa yang cedera parah sudah meninggal dunia,” katanya
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Inspektor Mohammad Zul Helmi Khalid ditalian, 03-78627222 bagi membantu siasatan.-Gampang Vs Gempak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top