Lima Peraka Yang Anda Perlu tahu Dan Wajib Di Pagi Hari Raya Aidilfitri


Lima Peraka Yang Anda Perlu tahu Dan Wajib Di Pagi Hari Raya Aidilfitri|HARI raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan buat umat Islam yang disambut 1 Syawal setiap tahun setelah tamatnya sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.
Oleh itu, dalam kemeriahan menyambut syawal, kami kami ingin kongsikan lima amalan sunat pada hari raya Aidilfitri yang diamalkan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat agar ibadah yang kita dijalani mendapat keredhaan Allah SWT.
1. Mandi Sunat Di Pagi Aidilfitri
Sebagai umat Islam kita disunatkan mandi di pagi raya berserta niat seperti mana melakukan mandi wajib sebelum melaksanakan solat sunat Aidilfitri.  Tambahan pula, agama ini sememangnya menuntut umatnya supaya menjaga kebersihan diri.


2. Memakai Pakaian Yang Indah
Imam Syafier.h pernah berkata:
“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.”

Memakai pakaian yang indah bukan bermaksud pakaian baru seperti yang difahami segelintir individu, namun ia bermaksud memakai pakaian yang terbaik yang dimiliki. Pada masa yang sama, kaum Adam juga digalakkan memakai wangi-wangian pada hari raya.

3. Bertakbir 
Umat Islam disyariatkan melaungkan takbir pada hari Aidilfitri bermula setelah terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya imam membaca khutbah. Selain itu, disunatkan juga  untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid utk menunaikan solat Aidilfitri.

4. Makan Sebelum Solat Aidilfitri
Berbeza dengan perayaan Aidiladha, umat Islam disunatkan menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Malah, Rasulullah SAW kebiasaannya akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil di pagi hari raya.

5. Pulang dari Masjid/Surau Pada Jalan Yang Berbeza
Setelah selesai mengerjakan solat Aidilfitri, umat Islam digalakkkan mengikuti jalan yang berbeza dari jalan yang digunakan semasa datang menghadiri solat.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir:
“Nabi SAW jika bersolat Aidilfitri, Baginda mengambil jalan yang berbeza antara pergi dan pulang”
[HR. al-Bukhari, no. 994].
Selamat meyambut hari raya Aidilfitri Dari Kami gampang Vs Gempak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top