Jabatan Agama Islam Ajak Orang Islam Boikot Program Hiburan Realiti TV

Jabatan Agama Islam Ajak Orang Islam Boikot Program Hiburan Realiti TV|Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi khutbah Jumaat semalam menyeru umat Islam khususnya di Malaysia memboikot rancangan realiti televisyen yang melalaikan dan tidak mematuhi syariat agama Islam.
Melalui khutbah bertajuk Jihad Menentang Kebatilan itu, JAWI menyifatkan program realiti TV sebagai salah satu bentuk gejala hedonisme yang dicipta bagi merosakkan pemikiran umat Islam terutamanya anak-anak remaja.
“Rancangan realiti membawa anasir negatif seperti membuat lawak lucah, pendedahan aurat, lelaki berpakaian wanita dan sebagainya.
“Malah, ada rancangan tersebut berbentuk fitnah sesama artis, mengumpat atau mengeji, namimah atau melaga-lagakan sesama artis, membuka aib artis dan sebagainya.
“Mari kita boikot rancangan tersebut,” ujar kandungan khutbah tersebut.
Pada masa yang sama, JAWI mengesa semua ibu bapa agar mengawal anak-anak muda yang meminati hiburan melalaikan dan memupuk anak-anak agar meminati hiburan yang berteraskan syariat Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top