Cinta Tak Kenal Usia Pengantin Paling Tua Di Dunia Kahwin 13 Jun Ini


Tiada masa khusus yang boleh dianggap terlalu lambat untuk berkahwin. Senang kata, cinta tidak kenal usia. Ungkapan itu nampaknya paling sesuai untuk pasangan dari Britain, Doreen Luckie dan George Kirby.
Setelah hidup serumah bersama selama 27 tahun, Kirby yang kini berusia 103 tahun, akhirnya merancang untuk berkahwin dengan pasangannya, Luckie, 91 tahun; pada 13 Jun depan, lapor akhbar tempatan pada Rabu.
Mereka bakal menjadi pasangan pengantin yang paling tua di dunia apabila disahkan sebagai suami isteri pada bulan depan, malah turut layak untuk dimasukkan dalam senarai rasmi terbaharu rekod dunia Guinness.

Ketika ditemui pihak media, Doreen bahkan mengaku berasa terkejut apabila beliau dan George mungkin dinobatkan sebagai pasangan pengantin tertua di dunia, sekali gus memecahkan rekod lama sebelum ini.
Buat masa sekarang rekod rasmi Guinness tersebut masih lagi dipegang pasangan Minnie Munro, 102 tahun; dan Dudley Reid, 83 tahun; di Point Clare, New South Wales, Australia yang berkahwin pada 31 Mei 1991 lalu.
Doreen secara jujur berkata: “Saya tidak fikir itu mungkin berlaku kerana terdapat ramai orang yang kini hidup lama sehingga umur 100 atau 90 tahun. Saya rasa kami tidak mungkin satu-satunya pasangan paling tua di dunia.”

Pasangan tersebut dijangka berkahwin di Langham Hotel, iaitu kediaman mereka sendiri di Eastbourne, daerah East Sussex, England; sebuah bandar peranginan tepi pantai Selat Inggeris tidak jauh dari tenggara London.
Namun paling menariknya, hotel itu pula dimiliki oleh anak George, Neil Kirby; yang turut menyifatkan Doreen sudah seperti ibu kandungnya sendiri setelah sekian lama: “Mereka sangat mencintai antara satu sama lain.”
Pasangan itu yang sudah bersekedudukan sejak 1988 pernah berkahwin sebelum ini sebelum berpisah dengan pasangan masing-masing, serta kedua-duanya memiliki 7 anak, 15 cucu dan 7 cicit. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top