VIDEO: “Hoi Dah Kahwin Ke Belum?”


SEORANG pemuda bertindak menegur sambil merakam pasangan yang sedang asyik ‘bermesra’ di sebuah taman, yang disifatkannya sudah keterlaluan.
Video berdurasi 1.30 minit tersebut menjadi viral setelah ianya giat dikongsikan di laman sosial Facebook.
“Hari ni aku nak ajar sikit budak-budak ni. Kecik-kecik dah pandai dah nak manja, kahwin belum, apa belum, tapi perangai tak semenggah,” kata pemuda tersebut di awalan video.
Dia kemudiannya menunggang motosikal menuju ke sebuah lokasi lalu berhenti berdekatan satu pasangan Melayu di mana si lelaki dilihat sedang ‘enak’ baring di atas riba si perempuan.

“Hoi! Dah kahwin ke belum?” laungnya sebanyak dua kali kepada pasangan tersebut.
Pemuda tersebut kemudiannya memarahi pasangan tersebut hingga membuatkan mereka bangun dan berlalu pergi tanpa menimbulkan sebarang masalah.
“Ha macam tu dik! Ngantuk ke elok-elok la, orang tengok,” kata pemuda tersebut semasa pasangan berkenaan menaiki motosikal mereka dan berlalu pergi.
Walaupun terdapat kekasaran bahasa yang digunakan, rata-rata netizen didapati memuji tindakan pemuda tersebut.
Rata-rata beranggapan tindakannya terbukti dapat membuatkan pasangan terbabit sedar bahawa perbuatan mereka adalah salah dan secara tidak langsung, brader ni turut menakutkan pasangan lain yang ada niat nak buat ‘projek’ di kawasan berkenaan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top