HOME »
Viral
»
Isu Azan: Jawapan Alvin Tan Ni Buat Ramai Islam ‘Sentap’!
Isu Azan: Jawapan Alvin Tan Ni Buat Ramai Islam ‘Sentap’!
Posted by Gampang on Monday, April 27, 2015 |
Viral
SELASA lalu, blogger seks sensasi Alvin Tan sekali lagi mencetuskan amarah masyarakat Malaysia terutama komuniti Islam apabila bertindak memuat naik satu video yang mempermainkan laungan Azan.
Rakaman berdurasi 2 minit 50 saat itu, memaparkan Alvin melaungkan Azan sambil memetikkeyboard.Rata-rata individu Islam tidak berpuas hati dengan perlakuan tersebut yang dilihat sengaja ‘mencurah minyak ke api’ terutamanya melibatkan isu sensitif menyentuh kesucian agama.
Melalui laman sosial Facebook, Alvin bagaimanapun terus mempertahankan tindakannya itu setelah ruangan komen dipenuhi dengan kritikan rakyat Malaysia tanpa mengira agama.
Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang menarik perhatian dengan reaksi Alvin ketika dia dihujani kebencian masyarakat Islam terhadap tindakan tidak bertamadunnya itu.
Melalui satu entri, Alvin mempertikaikan cemuhan kebanyakan individu terhadapnya yang dikatakan tidak selari apabila melibatkan urusan mereka dalam mengamalkan kewajipan sebagai Islam sendiri.
Status itu berbunyi:
“Alaa… Apabila saya buat video Azan, kononnya hina Islam, kalian semua tunjuk marah, kononnya nak pertahankan Islam. Apabila Azan berkumandang di udara, semua buat tak tahu pula! #SolatJanganTakSolat #SolatlahSebelumKamuDisolatkan”
Bukanlah menyokong tindakan Alvin, namun jika dilihat dari suatu sudut, kenyataan ‘makan dalam’ tersebut sememangnya refleksi realiti yang sedang berlaku kini.Contohnya, kita terlalu risau apabila pihak bukan Islam dilihat cuba menyemai nilai agama lain dalam komuniti Islam, namun pernahkah kita terfikir bahawa semua itu tidak akan jadi kudis pun andai kita sendiri mempunyai iman yang teguh di dada?
Senang cakap, daripada melayan individu seperti Alvin yang tak akan habis-habis mencetuskan kontroversi guna isu sensitif, lebih baik kita dalami keindahan Islam supaya lebih dekat dengan Maha Pencipta dan tak jadi macam dia.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: