Remaja Dicekup Intai Isteri Orang Di Tandas Masjid


Seorang remaja dicekup ketika leka mengintai seorang wanita di dalam sebuah tandas masjid di Kampung Bukit Tok Beng di sini, Ahad lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata insiden pada pada 1.30 tengah hari itu telah disedari suami wanita berkenaan yang terlihat seorang remaja lelaki masuk ke tandas wanita.
Katanya, curiga dengan tindakan remaja terbabit, suami wanita yang bekerja sebagai jurukimpal itu mendekati tandas wanita tersebut sebelum melihat suspek yang berusia 18 tahun itu sedang meniarap di atas lantai tandas berkenaan.
“Berang dengan perbuatan itu, jurukimpal tersebut terus menangkap remaja terbabit kerana dipercayai mengintai isterinya yang berusia 21 tahun sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Wan Abdul Aziz berkata remaja yang bekerja sebagai buruh itu ditahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) dan boleh didenda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top