HOME »
Berita Semasa
»
Penonton Lelaki, Wanita Tidak Dibenar Bercampur Dalam Konsert
Penonton Lelaki, Wanita Tidak Dibenar Bercampur Dalam Konsert
Posted by Gampang on Sunday, April 19, 2015 |
Berita Semasa
JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan garis panduan edisi kedua kepada semua penganjur acara hiburan tanah air yang mana penonton lelaki dan perempuan yang menyaksikan sesuatu acara hiburan atau konsert di tempat yang sama kini mesti dipisahkan.
Garis panduan yang diterbitkan dalam portal rasmi JAKIM itu bagaimanapun tidak pula menyatakan bentuk tindakan yang boleh diambil sekiranya penganjur gagal mengikuti peraturan yang telah ditetapkan itu.
Perkara ini telah diperakui oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 dan 11 Februari lalu.
Antara peraturan-peratuan baharu lain yang disertakan oleh pihak JAKIM adalah sesebuah acara hiburan yang bakal dianjurkan hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur ritual, tanda atau simbol yang bertentangan dengan ajaran Islam secara langsung atau tidak langsung.
Selain itu perbuatan yang diharamkan dalam Islam atau maksiat serta perkara yang boleh mendorong kepada keadaan-keadaan tersebut, keadaan yang membawa kepada kekacauan atau gangguan terhadap ketenteraman awam, acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan dan pembaziran dalam penganjuran program.
Sementara untuk golongan artis pula, garis panduan itu menetapkan mereka mesti memiliki keperibadian yang mulia dan akhlak yang baik sama ada di luar atau ketika menjayakan persembahan, selain tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah sama ada mengikut undang-undang syariah atau sivil.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: