HOME »
Berita Semasa
»
Penganggur Didakwa Bunuh Bekas Tunang Di Kluang
Penganggur Didakwa Bunuh Bekas Tunang Di Kluang
Posted by Gampang on Monday, April 20, 2015 |
Berita Semasa
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh bekas tunangnya, awal bulan ini.
Muhammad Irshaduddin Khalis Nasurudin, 23, didakwa menyebabkan kematian dengan niat untuk membunuh Nursyafikah Ahmad Ismail, 20, dengan menggunakan sebilah pisau.
Muhammad Irshaduddin berasal dari Taman Bukit Tiram, Johor Baharu didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan letak motosikal pasar raya Econsave, Jalan Mersing, di sini, pada 5.45 petang, 10 April lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan dia mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nuruhuda Yusof.
Mahkamah menetapkan 26 Mei depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norafiah Saini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: