Pelakon Cilik Sitkom ‘Everybody Loves Raymond’ Bunuh Diri


Sawyer Sweeten, yang terkenal sebagai salah seorang anak kembar lelaki dalam sitkom popular Everybody Loves Raymond, meninggal dunia pada usia 19 tahun akibat bunuh diri, semalam, menurut laporan media AS.
“Pagi ini,satu tragedi menyedihkan telah menimpa keluarga kami” kata Madylin Sweeten, yang merupakan kakak kepada mendiang, kepada majalah Variety.
“Dukacita kami umumkan, bahawa adik, anak lelaki dan rakan kesayangan kami, Sawyer Sweeten, telah mengambil nyawanya sendiri. Mendiang bakal menyambut hari lahirnya yang ke-20 beberapa minggu lagi.”
Sweeten dilaporkan telah menembak dirinya sendiri semasa menziarahi rumah ahli keluarganya di Texas.
Mendiang memegang watak bernama Goeffrey Barone dalam siri komedi tersebut. Everybody Loves Raymond meraih populariti mengagumkan sepanjang tempoh siarannya pada tahun 1996-2005.
Adik kembar Sawyer, Sullivan, dan kakak kandungnya, Madylin turut sama berlakon di dalam sitkom itu sebanyak 139 episod.
Saudara kembar tersebut memulakan karier sebagai pelakon Everybody Loves Raymond sejak berusia 16 bulan, memetik daripada Variety.
“Dalam masa yang sensitif ini, keluarga kami memohon agar privasi kami dihormati dan kami merayu agar anda semua sentiasa luangkan masa untuk orang yang tersayang,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top