Isu Tak Tahu GST, Mawar Dewi Remaja Mohon Maaf


Sejak dua tiga hari lalu, peminat dunia seni tanahair terutamanya pengikut program pencarian Dewi Remaja anjuran sebuah majalah tempatan kecoh dengan jawapan dua peserta berkenaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Mana taknya, kedua-dua gadis tersebut iaitu Mawar Rashid dan Kat Davies gagal menjawab soalan paling mudah dari pengacara HLive, Elly Arifin iaitu ‘G-S-T berasal dari perkataan apa?’Kedua-dua peserta dilihat terpisat-pisat lantas gagal untuk menjawab soalan tersebut.
Lantas, ramai pengguna media sosial mengkritik tahap pengetahuan am yang dimiliki kedua-dua gadis tersebut kerana semua tahu, isu GST merupakan isu paling trending masa kini.
Hari ini, salah seorang peserta yang paling teruk menerima kecaman iaitu Mawar, memuat naik satu entri di laman Instagramnya dengan membuat permohonan maaf atas kesilapannya tidak membuat kajian mendalam terhadap isu semasa.
Bukan itu sahaja, Mawar siap memberi jawapan tentang GST dalam ruangan kapsyen bagi menjawab soalan yang diajukannya kepadanya dahulu.
Sayangnya, semua itu sudah terlewat kerana dia sepatutnya menjawab soalan ketika ditemubual, bukannya menjawab di ruang media sosial.
Tak apalah dik, anggap saja insiden tersebut sebagai pengajaran di masa depan. Orang zaman kini tidak hanya memandang kecantikkan luaran sahaja ye…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top