MAS Semak Semula Yuran Bagasi Berlebihan



 Malaysia Airlines (MAS) mengumumkan, semakan semula struktur yuran bagasi berlebihan syarikat penerbangan itu akan berkuat kuasa pada 22 April ini.
Kadar serantau bagi setiap blok sebanyak 5 kilogram sebelum ini akan digantikan dengan struktur yuran mengikut zon, dengan kadar 3 kilogram bagi setiap blok untuk perjalanan dengan setiap penerbangan MAS, domestik serta antarabangsa.
Kadar bagasi berlebihan itu akan dikira berdasarkan zon, bergantung kepada jarak penerbangan dalam satu-satu jadual.
“Bayaran akan dikira pada setiap bagasi berlebihan sebanyak 3 kilogram selepas had Elaun Bagasi Percuma, bukan mengikut blok 5 kilogram sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurut laman web MAS, kadar tetap bagi setiap blok 5 kilogram adalah berbeza-beza bermula daripada RM55 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sehingga kepada paling tinggi, RM195 untuk Eropah.
Semakan ini juga melibatkan penerbangan domestik antara Sabah dan Sarawak dalam penerbangan MASwings, katanya, sambil menambah penumpang dengan tiket yang dikeluarkan sebelum 22 April, 2015 akan dikenakan berdasarkan kadar mana yang lebih rendah jika perjalanan mereka bertarikh 22 April hingga 30 Ogos, 2015.
MAS sekarang ini membenarkan dua buah bagasi seberat 50kg bagi Kelas Pertama, 40kg untuk Kelas Bisnes dan 30kg dalam kelas ekonomi.
Untuk penjelasan lebih lanjut, hubungi Pusat Panggilan MAS pada talian 1-300-88-3000 (di dalam Malaysia) atau 603-7843 3000 (di luar negara) atau pun pada laman web, www.malaysiaairlines.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top