Kerana Jubah ‘Terlajak Jarang’, Aliff Syukri Minta Maaf


Semalam, kecoh di laman sosial dan aplikasi Whatsapp apabila sekeping foto mendapat perhatian ramai pihak kerana penampilan individu yang sinonim dengan tagline ‘Terlajak Laris’ iaitu Datuk Aliff Syukri yang terlajak seksi.
Semuanya gara-gara teknik pencahayaan terhadap jubah putih yang dikenakan Aliff Syukri sehingga menyebabkan pakaian tersebut kelihatan jarang dan menampakkan pakaian dalam beliau.Namun, selepas menerima banyak teguran dari pengikutnya di laman Instagram, Aliff mengambil keputusan untuk memadamkan foto kontroversi itu.
Dia kemudiannya memuat naik sekeping gambar baru dan memohon maaf atas keterlanjurannya yang tidak sedar akan keadaan gambar tersebut yang terdedah.

71429669320_freesize

Tulisnya di ruang komen, “Maafkan kekhilafan sebentar tadi. Saya memang tidak perasan gambar yang diupload sebab terlalu busy saya main update sahaja.
“Gambar terlanjur tadi kelihatan seperti itu tadi kerana pencahayaan harap semua tidak memperbesarkan perkara ini.”
Nampaknya, beliau sendiri telah membuat penjelasan tentang kesilapannya itu. Maka tak payalahlah ada pihak yang sengaja membuat sebarang spekulasi mahupun menambah-nambah cerita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top