Had Usia Pengeluaran KWSP Kekal 55 Tahun – Najib Razak


Dalam satu pengumuman pagi ini (Khamis), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Putrajaya tidak akan melanjutkan had usia bagi pengeluaran penuh wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari 55 tahun kepada 60 tahun.
Ulasnya lanjut, keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira reaksi masyarakat terhadap isu itu beberapa hari lalu.“Kerajaan ini sentiasa mendengar pandangan rakyat.
“Dan jelas sekali sebahagian besar ahli KWSP, sambil memahami kepentingan simpanan persaraan pada usia 60 tahun, mahukan hak menggunakan dana persaraan mereka pada usia 55 tahun.”
Kenyataan tersebut dibuat Najib dalam satu pengumuman khas di Invest Malaysia 2016 yang dibuat di Kuala Lumpur.
Menurut Najib lagi, satu proses perundingan dalam talian yang dibuat selama dua hari menyaksikan kira-kira 50,000 rakyat Malaysia mengambil bahagian dan majoritinya memohon agar simpanan persaraan mereka boleh dikeluarkan pada usia 55 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top