Syarikat China Merancang Pelaburan Dalam AMD


Pesaing terbesar Intel, AMD, nampaknya berkemungkinan besar menerima pelaburan besar dari sebuah konglomerat China bernama Loongson Technology. VRWorld melaporkan staf utama AMD telah mula melawat China dan Loogson akan melaborkan sebahagian dari dana 120 billion Yuan untuk melabur dalam AMD, namun tidaklah mengambilalihnya

Syarikat China Merancang Pelaburan Dalam AMD

Sebuah konglomerat China, Loogson Technology dilaporakan akan melaburkan dana yang banyak dalam AMD, namun tidak pula mengambilalihnya. Jika benar ini akan merisaukan Intel dan badan kawalselia US kerana implikasinya kepada dunia teknologi. AMD merupakan satu-satunya syarikat selain Intel yang mempunyai akses rasmi kepada senibina x86.Oleh sebab itu, AMD merupakan salah satu pengeluar cip yang boleh mengeluarkan CPU atau APU yang serasi dengan Windows. Namun perkembangan baru ini mungkin akan melihat perjanjian selama ini akan dibatalkan Intel.
Loongson berkongsi akar umbi yang sama dengan Lenovo di mana Chinese Academy of Sciences dan Institute of Computing Technology merupakan pengasas kedua syarikat itu. Loongson menganggap juga BLX IC Design Corp sebagai pengasasnya yang ketiga.
Syarikat China seperti Lenovo telah lama mengambilalih beberapa syarikat teknologi besar di US dengan pemilikan IBM (x86), Palm dan Motorola bertukar-tukar tangan dalam 10 tahun ini.
Loongson menggunakan teknologi MIPS untuk melancarkan barisan pemprosesnya,  Loongson 3B yang pada masa ini berfungsi pada kelajuan 1.5GHz serta mempunyai 8 core dan dihasilkan dengan nod 28nm.
ping artikal blog anda di sini untuk mendapatkan lebih trafik di blog anda 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top