Banduan lari dari tahanan berjaya ditahan semula


JOHOR BAHRU - Banduan warga Indonesia yang melarikan diri ketika mengemas peralatan khemah dalam stor Jabatan Penjara Kluang, ditahan semula di ladang kelapa sawit Kahang Barat, tengah malam tadi.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamed Sazif Mohamed Subri berkata, banduan berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 12.50 tengah malam sewaktu sedang bersembunyi di kawasan itu.

"Tempat dia bersembunyi itu hanya berjarak 10 kilometer dari Jabatan Penjara Kluang dan dia ditemui dalam keadaan hanya memakai seluar panjang, manakala baju penjaranya yang berwarna hijau pula sudah dibuang," kata beliau yang dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Berikutan itu, polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melarikan diri daripada tahanan serta kecuaian mengakibatkan tahanan melarikan diri.

Kehilangan banduan yang berketinggian 157 cm itu, disedari pegawai penjara kira-kira pukul 10 pagi semalam dan ekoran itu, usaha untuk mengesannya giat dijalankan di setiap pintu masuk dan keluar daerah termasuk di terminal pengangkutan awam. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top