Pegawai bekas MB Selangor akan diminta kembalikan wang pampasan RM2.6 juta

Pegawai bekas MB Selangor akan diminta kembalikan wang pampasan RM2.6 juta

SHAH ALAM: Lapan bekas pegawai bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diminta memulangkan semula wang pampasan berjumlah RM2.6 juta yang telah dibayar kepada mereka.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mendakwa ini berikutan pembayaran wang pampasan itu tidak mengikut prosedur dan melanggar peraturan kewangan.

"Selepas mendapatkan nasihat daripada peguam, pengurusan MBI (Perbadanan Menteri Besar) yang baharu memutuskan supaya mereka kembalikan wang yang sudah dibayar (pampasan) kerana didapati ada beberapa perkara yang melanggar tatacara peraturan kewangan.

"Saya sudah dimaklumkan oleh MBI bahawa surat akan dihantar kepada mereka (berhubung perkara itu) dan mereka perlu memulangkan wang terbabit," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor, di sini.

Sebelum ini, lapan pegawai kontrak bekas menteri besar yang dilantik MBI, dilaporkan menerima bayaran pampasan kerja bernilai RM2.6 juta.

Pembayaran itu disifatkan pelbagai pihak termasuk anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah.

Pembayaran itu didakwa telah dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin mengambil alih jawatan menteri besar berkuat kuasa 23 Sept lepas.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata bagaimanapun bekas kakitangan MBI itu akan tetap dibayar pampasan mengikut jumlah yang sepatutnya diterima mereka.

"Pihak pengurusan MBI akan meneliti semula jumlah bayaran yang bersesuaian mengikut terma dan syarat yang terdapat dalam kontrak semua bekas kakitangan terbabit," katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top