Hanis Zalikha: Tindakan Hairul Azreen Itu Bagi Saya Sangat Sweet


Akui terkejut dengan tindakan Hairul Azreen yang telah melamarnya secara spontan menerusi konsert final Gegar Vaganza pada malam tadi, pelakon Hanis Zalikha bagaimanapun berpendapat bahawa apa dilakukan oleh Juara Fear Factor adalah sebagai sesuatu yang sangat sweet. 

"Terus-terang, mula-mula saya terkejut juga bila dilamar sebegitu rupa. Lagipun saya ni perempuan. Jadi, mestilah saya rasa segan bila lamaran itu datang secara mengejut. 

"Tapi, bila saya tengok VT yang dia sudah pun berjumpa dengan keluarga saya dan meminta restu daripada mereka, saya dapat lihat usahanya itu dan dia tidak membelakangi keluar dia mahu pun keluarga saya. 

"Lagi satu bukan dia (Hairul) yang sarungkan cincin sebaliknya cincin bela rotan itu disarungkan oleh Jihan Musa (hos gegar Vaganza). Saya rasa apa yang Hairul lakukan itu sangat sweet,

Menurut Hanis Zalikha lagi, dia tidak menyangka sama sekali bahawa Hairul akan bertindak sedemikian. 

"Saya memang tidak tahu-menahu pun tentang perancangannya untuk melamar saya. Dia cuma minta saya temankan dia sebab dia akan buat promo Fear Factor di Gegar Vaganza. 

"Saya rasa macam pelik. Promo Fear Factor di Gegar Vaganza? Biar betul.. Kemudian bila dia dah naik pentas beraksi, saya telah diminta untuk standby melakukan promo. Bila naik atas pentas, barulah saya tahu bahawa Hairul mahu melamar saya. 

"Sebetulnya, apa yang Hairul lakukan ini bukanlah satu lamaran yang sebenar tetapi bagi saya ia sekadar untuk mengumumkan kepada semua tentang status kami. 

"Kerana walau apapun, dia (Hairul) tetap datang jumpa keluarga saya semula untuk melamar saya mengikut adat orang-orang kita,

Sambung Hanis Zalikha, barangkali apa yang dilakukan oleh Hairul Azreen itu adalah berpunca daripada dirinya sendiri yang gemar berkongsi video-video tentang lamaran. 

"Saya selaku katakan kepada Hairul, lelaki yang berani melamar seorang wanita di depan khalayak ramai adalah lelaki yang sangat jujur. 

"Sebab, sebaik saja dia berbuat demikian, pasarannya akan merudum. Tapi, kalau dia benar-benar berbuat begitu, ertinya dia benar-benar serius mahukan wanita tersebut," katanya lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top