Hairul Azreen: Saya Mahu Hanis Zalikha Yakin Saya Serius Mahukan Dia



Tindakan pelakon Hairul Azreen membuat lamaran secara live dan mengejut terhadap kekasihnya, Hanis Zalikha dalam konsert final Gegar Vaganza yang telah berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil malam tadi telah mendapat kecaman yang cukup hebat daripada peminat dunia hiburan tanah air. 

Rata-rata menganggap bahawa tindakan tersebut sebagai tidak sesuai, tidak sopan serta tidak kena pada tempatnya, malah ianya juga dianggap sebagai sesuatu yang tidak punya kaitan langsung dengan program Gegar Vaganza. 
Namun, pelakon Hairul Azreen yang juga juara Fear Factor Malaysia ketika diwawancara 
"Apa yang saya lakukan ini bukanlah disebabkan mahu mencari publisiti, tapi niat saya ialah satu iaitu saya mahu semua orang tahu dengan apa yang saya lakukan ini dan saya juga mahu Hanis Zalikha yakin yang saya betul-betul mahukan dia dalam hidup saya," katanya. 
Sambung Hairul Azreen lagi, sebelum berbuat demikian dia telah pun berjumpa dan berbincang dengan keluarganya serta keluarga pihak Hanis Zalikha. 

"Saya sudah nyatakan hasrat saya untuk melamar Hanis Zalikha secara live di Gegar Vaganza dan saya sudah pun mendapatkan restu daripada mereka. 

"Malah, perancangan untuk membuat lamaran ini telah dilakukan sejak 3 bulan yang lepas lagi. Ia bermula ketika saya duduk duduk dan borak-borak bersama ketua saluran Astro Ria, Raqim Ahmad bersama yang lain. 

"Dia tanya saya bila nak kahwin. Saya kata ada perancangan. Masa itulah timbul cadangan untuk melamar secara live dalam segmen rock kapak dalam konsert final Gegar Vaganza. Saya rasa cadangan itu okey kot. Kebetulan saya dengan Hanis memang suka dengan lagu-lagu rock kapak
Ditanya mengapa dia sanggup membuat lamaran tersebut sedangkan sebelum ini, baik dia dengan Hanis Zalikha tidak pernah mengesahkan apa-apa tentang hubungan cinta mereka, Hairul Azreen berkata, dia tidak nafikan memang ramai pihak media yang mahu mengetahui tentang status hubungan mereka. 

"Ramai press datang jumpa kami dan bertanya tentang hal ini. Tapi, apa yang saya katakan kepada mereka sebelum ini adalah saya dengan Hanis masih berkawan. Bila tiba masanya, saya akan umumkan dan saya rasa saya sudah kotakan janji saya itu, 

Hairul Azreen juga akui dia sudah bersedia menerima segala kecaman daripada masyarakat berhubungn tindakannya melamar Hanis Zalikha itu. 

"Sebelum ini pun saya pernah dikecam kerana lakonan saya," katanya lagi. 

Menariknya, sebelum lamaran itu dibuat, Hanis yang tidak tahu tentang perkara tersebut disuruh naik ke pentas oleh kru produksi untuk melakukan ‘promo’ selepas persembahan breakdance Hairul.

Namun, sebaliknya berlaku apabila video Hairul bertemu keluarga Hanis ditayangkan di layar lebar.

"Saya mahu awak jadi teman baik saya. Saya mahu awak jadi rakan kongsi perniagaan saya dan saya mahu awak jadi isteri saya yang sah.

"Sebelum datang ke sini (program Gegar Vaganza), saya telah berjumpa dengan mak ayah awak untuk meminta restu mereka.

"Ini bukan cincin tunang, ini bukan cincin nikah. Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan lamaran ini. Sudikan awak menjadi isteri saya?" lamar aktor itu.

Tindakan Hairul menyebabkan Hanis terkedu dan hanya mengangguk sebagai tanda menerima lamaran cinta hatinya itu.

“Insyaallah, saya terima lamaran ini,” jawabnya.

Lantas Jihan Musa telah diberi mandat untuk menyarungkan cincin belah rotan di jari manis Hanis Zalikha. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top