Thailand juarai Piala AFF Suzuki 2014


THAILAND  muncul juara Piala AFF Suzuki 2014 selepas menang agregat 4-3 ke atas Malaysia pada aksi final kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur,  malam ini.
   
Skuad 'Gajah Perang' kendalian Kiatisuk Senamuang kalah 2-3 kepada Malaysia pada aksi timbal balik namun muncul juara susulan kemenangan 2-0 yang diraih pada aksi final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Rabu lepas.
   
Malaysia mendahului Thailand 2-0 pada separuh masa pertama melalui jaringan Safiq Rahim pada minit ke-6 dan Indra Putra Mahayudin pada m-47.

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh kembali menggandakan serangan dan Safiq menambah gol peribadi menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke-58.

Namun skuad Gajah Perang kembali memperkemaskan jentera serangan dan berjaya mengikat agregat menjadi 3-3 pada m-81 hasil jaringan penyerang kelahiran Switzerland, Charyl Yannic Chappuis.

Thailand memastikan kejuaraan menjadi milik mereka dengan gol Chanathip Songkrasin pada minit ke-88.
   
Kejayaan berkenaan yang keempat diraih Thailand selepas muncul juara pada tiga edisi terdahulu - 1996, 2000 dan 2002. -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top