"Suspek kemudian melarikan diri sejurus kejadian. Mangsa yang putus tangan kanan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut," katanya.
Motif balas dendam
Sumber polis berkata, berdasarkan keterangan pengurus pusat hiburan itu, kejadian ini dipercayai bermotifkan balas dendam kerana pada Rabu lalu, seorang lelaki yang menunggang motosikal dilanggar sebuah kenderaan di hadapan premis terbabit.
Akibat kemalangan itu, katanya, berlaku pergaduhan antara dua kumpulan yang turut membabitkan pengawal kelab malam berkenaan sebelum seorang rakan penunggang motosikal terbabit memberi amaran akan datang semula untuk membalas dendam.
"Kita percaya kumpulan sama datang semula ke premis terbabit untuk membalas dendam," kata sumber itu.
Giat kesan suspek
Polis sudah melihat rakaman litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan berkenaan selain operasi mengesan suspek sedang giat dijalankan.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.
No comments: