HOME »
Berita Semasa
»
Misteri kubur atas tambak
Misteri kubur atas tambak
Posted by Gampang on Thursday, December 25, 2014 |
Berita Semasa
LANGGAR (POKOK SENA) - Pengunjung ke Kampung Alor Besar, Mukim Limbong dekat sini, pasti akan tertanya-tanya mengenai tambak yang masih tidak terusik walaupun sekelilingnya adalah sawah.
Pemilik tanah, Mansor Salleh, 65, berkata, tambak itu adalah kubur yang wujud sejak beratus tahun dahulu dan difahamkan ia adalah milik individu yang dikenal sebagai Tok Dalang Halus.
Menurut Mansor, pada awalnya kawasan itu adalah perkampungan dan kemudiannya diteroka untuk dijadikan sawah.
Pada waktu itu, terdapat dua tanah perkuburan di situ iaitu Tok Dalang Halus dan Tuan Pah.
Katanya, pada zaman dahulu sebelum berlakunya Perang Dunia ke-2, kawasan itu telah disewa oleh seorang Cina dari datuknya untuk dijadikan kebun bagi menanam sayur dan buah-buahan.
“Menurut datuk saya, petani Cina itu hairan kerana setiap pagi terdapat kesan seperti sesuatu benda panjang dari situ hingga ke sungai berdekatan yang melalui kebun sayurnya itu.
Bagi melihatnya sendiri, petani itu ke kebunnya pada waktu malam dan mendapati seekor ular tedung yang panjang keluar dari tanah perkuburan itu dan melintasi sungai lalu hilang apabila sampai ke tanah perkuburan yang berdekatan tanah itu.
Mansor berkata, tanah seluas dua hektar itu kemudiannya telah diratakan pada 1980-an bagi dijadikan kawasan sawah yang menjadi mata pencarian utama penduduk kampung di situ.
“Saya sengaja tidak ratakan tambak itu sebagai menghormati tanah perkuburan di situ. Bagaimanapun, tambak itu kini semakin terhakis terutamanya jika air melimpah masuk ke dalam sawah hingga batu nisan dari batu sungai itu turut tercabut,” katanya.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: