Megapa Ismail Maembong Tak Mahu Mengaku Chacha Maembong Anaknya




Jauh sekali menyebelahi atau memenangkan Yaya Maembong dan adik-beradiknya berikutan salah faham yang tercetus di antara mereka sekeluarga. Namun, ia tidak lebih sekadar untuk membantu menjernihkan kekeliruan mengenai salah faham yang telah timbul secara tidak sengaja itu. 
Namun, artikel bertajuk Chacha: Kami Tak Dihalau, Malah Tinggal Di Kondo Bukan Flat sepertimana yang dimuatnaik di Murai pada hari semalam nyata masih tidak dapat membantu untuk meredakan kemelut di antara anak-beranak ini.
Sebaliknya, ia telah membangkitkan lagi rasa amarah Ismail Maembong buat kesekian kalinya apabila beliau menyifatkan bahawa Chacha Maembong sebagai anak derhaka apabila cuba menikam ayahnya dari belakang. Disebabkan tindakan Chacha Maembong itu, Ismail Maembong turut mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mempunyai anak bernama Aishah @Chacha.
Berikut adalah kenyataan balas Ismail Maembong sejurus selepas Portal Murai memuatnaik artikel Chacha Maembong semalam:
"nampaknya tak sudah penulis upahan hendak rosakkan Maembong tua ni. Terbaru menemubual Chacha menafikan kata2 Maembong ori ini. Ok lah, sy bagi kemenangan pada mu. Anak yg lukai bapa, bersekongkol dgn najis yg hendak malukan bapa pd umum, adalah ANAK DERHAKA. Ni Maembong ori takkan sujud pd apapun tekanan, hanya padaNya. Jika betul Chacha menikam ayahnya dari belakang, MAKA SAYA TIDAK ADA ANAK BERNAMA AISHAH @ CHACHA. 
Nasi sudah jadi bubur, jgn tambah air lagi. Penulis upahan ini beragama monyet. 
Mereka tidak dihalau, tetapi bapa mana mahu izinkan anak gadisnya tinggal bersama abang ipar !!! Pastinya bapa Miss J.
Bapa sentiasa runsing soal keselamatan anak2. Sy kurang senang mereka duduk diCondo tinggi atas Highland Towers yg runtuh 1993. Semua boleh pergi lihat rumah2 kawasan itu, byk sudah ditinggalkan. 
Soalnya, apa salahnya beritahu ayah sebelum sesuatu tindakan diambil. Skrg penulis upahan jd kaya raya kerana kita nak tegakkan benang basah dalam keluarga sendiri. 
Nampaknya saya yg bersalah dalam soal ini, tidak mendidik anak cara terbaik.
Sekali lagi diulang, andai ada anak bersubahat dgn orang luar hendak aibkan ayah ini, MAKA ANAK ITU BUKAN ANAK SAYA. Selama ini pun tinggal seorang, hanya tunggu dijemputNya biarlah keseorangan.
Syabas Miss J. Kau Berjaya runtuhkan keluargaki". 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top