HOME »
ArtisTanah Air
»
Ieda Moin: Sudah 5 Tahun Saya Cuba Selamatkan Rumahtangga Kami
Ieda Moin: Sudah 5 Tahun Saya Cuba Selamatkan Rumahtangga Kami
Posted by Gampang on Wednesday, December 24, 2014 |
ArtisTanah Air
Kisah perceraian di antara pelakon serta penyanyi, Ieda Moin dengan bekas suaminya, Mohamad Naquib Idris mengundang kejutan di kalangan banyak pihak kerana sepanjang 8 tahun berkahwin, tiada sebarang kemelut atau badai yang kedengaran mengenai rumahtangga mereka.
Dengan tiba-tiba saja, Ieda Moin atau nama sebenarnya, Siti Haida Abd Moin, 35, dilaporkan telah pun disahkan bercerai talak satu dengan Mohamad Naquib Idris selepas bekas suaminya itu memfailkan serta melafazkan cerai pada 18 Disember lalu.
dia akui ramai yang terkejut serta tidak menyangka bahawa dia dengan bekas suaminya itu akan bercerai selepas sekian lama mereka berkahwin.
"Sejujurnya, sudah 5 tahun saya berusaha selamatkan rumahtangga kami. Namun, hendak buat macam mana. Mungkin, sudah tersurat hanya setakat ini saja jodoh kami.
"Apapun, saya terima segalanya dengan reda dan Alhamdulillah, hak penjagaan anak juga berpihak kepada saya. Namun, pada masa yang sama saya tidak halang bekas suami untuk melihat anak kami pada bila-bila masa.
"Sebagai bapa, dia punya hak dia untuk melihat serta meluangkan masa untuk anak. Lagipun, demi kebahagian anak, saya tidak mahu dia kehilangan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapanya,
Menurut Ieda lagi, ramai yang ingin tahu apakah punca yang menyebabkan perkahwinannya dengan Mohamad Naquib Idris dan tidak kurang juga yang menganggap dia yang mahukan perceraian tersebut.
"Tidak apalah. Kalau itu anggapan orang di luar sana, biarlah. Apa yang berlaku di antara kami, tidak perlulah orang tahu. Hal-hal rumahtangga, adakalanya tidak elok dikongsi kepada masyarakat umum.
"Macam mana pun, Mohamad Naquib Idris tetap bapa kepada anak saya dan saya juga masih menghormati bekas keluarga mentua saya kerana mereka memang cukup baik dengan saya selama ini.
Ieda Moin sah bercerai talak satu selepas suaminya, Mohamad Naquib Idris memfailkan serta melafazkan talak di Dewan 5, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 18 Disember lalu.
Lafaz itu dibuat dihadapan Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed Nor.
Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 35, memberitahu mahkamah perceraian itu adalah jalan terakhir sebagai penyelesaian kemelut rumah tangga mereka dan mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak dua bulan lalu.
Pasangan itu berkahwin pada 4 November 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Dhia Dania yang kini berusia enam tahun.
Bagaimanapun Mohamed Hizwan mengarahkan pasangan itu memfailkan tuntutan nafkah di Mahkamah Tinggi Syariah selepas Ieda tidak bersetuju dengan Mohd Naquib yang mahu membayar nafkah anak mereka sebanyak RM800 sebulan.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...


No comments: