MB Selangor Gesa Jom Heboh Dibatalkan



Menteri Besar Selangor Azmin Ali menggesa pihak penganjur membatalkan segala acara yang berkaitan dengan Konsert Jom Heboh yang dijangka pada Hari ini di I City Shah Alam.
Ia berikutan untuk menghormati keadaan penduduk terjejas banjir yang semakin meruncing di pantai timur terutama di Kelantan dan Terengganu
Difahamkan penduduk terjejas banjir kini telah mencecah kepada 100,000 ribu orang dan ditempatkan di pusat penempatan sementara.
Terdapat kawasan yang sudah terputus hubungan dan juga bekalan elektirk disebabkan air banjir yang semakin dalam.
Menurut portal banjir kerajaan negeri, ia membabitkan mangsa banjir di sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.
Bacaan paras air di Sungai Kelantan di Tangga Krai, Jambatan Guillemard serta Tambatan Diraja dan Sungai Golok di Rantau Panjang terus naik.
 
Azmin menyatakan pendirian itu di laman twitter dan berharap gesaannya itu diterima oleh pihak penganjur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top