Hamley’s nafi tidak benar pakai tudung


Kedai permainan terkemuka, Hamley's menafikan syarikat itu mempunyai sebarang polisi yang menetapkan pekerja wanita tidak dibenarkan memakai tudung atau hijab.

Penafian itu dibuat susulan kenyataan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor di akaun Twitter beliau pada Khamis lalu bahawa Hamley's meletakkan syarat supaya anaknya tidak bertudung jika ingin bekerja di kedai itu yang terletak di sebuah pusat beli-belah di Bandar Utama.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook Hamley's Malaysia hari ini, pihak pengurusan kedai itu berkata, ia mengalu-alukan individu yang ingin bekerja untuk datang memohon, tidak kira bangsa atau agama.

"Setelah disiasat, memang seorang pekerja kami yang baru (berkerja) dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam.

"Tindakan disiplin telahpun diambil terhadap pekerja ini. Pihak pengurusan serta semua pekerja di kedai kami dengan ikhlas ingin memohon maaf atas isu ini," menurut kenyataan itu.

Pihak pengurusan Hamley's turut melahirkan rasa kesal dengan insiden itu dan berharap Rosyam, anaknya serta orang Islam lain di negara ini yang terguris dengan kejadian tersebut sudi merima permohonan maaf mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top