Empat lelaki rompak premis nombor ekor



Johor Bahru: Empat lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang melarikan wang tunai kira-kira RM10,000 selepas merompak premis nombor ekor di Jalan Dedap, Taman Johor Jaya di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 4.45 petang itu, perompak berkenaan memecahkan kaunter simpanan wang kedai terbabit sebelum membawa lari wang berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, keempat-empat lelaki bertopeng itu melarikan diri dengan MPV Toyota Estima.
“Hasil siasatan awal mendapati nombor pendaftaran di MPV itu adalah palsu.
“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat dan mana-mana saksi kejadian diminta tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan," katanya.
- See more at: http://www.kakiberita.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top