Dapur musnah

Chukai: Bahagian dapur di tiga rumah yang didiami 20 orang musnah akibat tanah runtuh dalam kejadian di Felda Neram 2, dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian 3 pagi itu, hujan lebat tanpa henti menyebabkan berlaku pergerakan tanah sekali gus meruntuhkan bahagian dapur rumah penduduk terbabit yang terletak di cerun bukit.
Salah seorang mangsa, Ghazali Ngah 54, berkata, dia dikejutkan adiknya, Zakia Ngah, 50, yang menumpang tidur di rumahnya dan dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Katanya, dia segera mendapatkan bapa dan ibunya, Ngah Ahmad, 80, serta Kuntum Embong, 74, yang tidur di bahagian dapur dan mengusung mereka ke bahagian depan rumah.
"Rumah saya paling teruk terjejas selepas dapur dan tandas musnah sama sekali. Buat masa ini, kami masih tinggal di rumah berikutan cuaca cerah, tetapi jika hujan lagi, kami terpaksa berpindah ke sekolah agama berdekatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top