Anak siapa ni?


Seremban: Seorang lelaki terkejut selepas menemui seorang bayi lelaki ketika meninjau kebun getahnya di Kampung Geliau, Kuala Klawang, Jelebu, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, lelaki berusia lingkungan 40 tahun itu dikatakan terdengar tangisan ketika melawat kebun getahnya sebelum menemui bayi yang masih bertali pusat.
Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Setapa Yusoff berkata, bayi itu ditinggalkan tanpa pakaian atau dibalut kain di bangsal di kebun itu.
Menurutnya, berdasarkan keadaan tali pusat, bayi itu dianggarkan baru berusia sehari.
“Bayi itu menangis kerana dahaga. Saya sedih kerana kejadian pembuangan bayi terus berlaku sehingga kini,” katanya.
Beliau berkata, bayi berkenaan dibawa ke Hospital Jelebu untuk pemeriksaan kesihatan.
“Polis sedang mengesan ibu atau bapa bayi ini dan kes siasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top