Noryn Aziz Masih Terkejut Selepas Disamun


 Susulan daripada kes samun di hadapan kediaman penyanyi Noryn Aziz di Bukit Damansara malam Rabu lalu, penyanyi berkenaan menyifatkan apa yang berlaku adalah dugaan serta ingatan kepada semua wanita supaya lebih berhati-hati.
 Noryn Aziz berkata, sebagai tuan rumah yang telah mengundang rakan-rakannya bertandang ke kediamannya dan terbit dengan kejadian malang itu, dia berasa cukup bertanggungjawab.
“Alhamdulillah tiada apa yang berlaku kepada saya. Bagaimanapun ketika kejadian berlaku, saya sungguh panic dan tak tahu untuk berbuat apa kerana semuanya berlaku di hadapan mata saya dalam masa yang singkat.
“Tak sangka langsung kejadian seperti ini akan berlaku kerana kawan-kawan saya sedang dalam perjalan ke kereta masing-masing di hadapan rumah saya.
“Empat  perompak itu datang dengan menaiki 2 biji motorsikal di hadapan pintu pagar, dan mengamuk meminta beg tangan serta barangan kemas kawan-kawan saya dengan parang diacukan di muka kawan-kawan saya.
“Ini adalah ketentuan Allah dan saya berhadap agar kejadian seperti ini tidak akan berlaku,” katanya yang telahpun membuat laporan polis sebaik sahaja kejadian itu berlaku.
Kes rompakan di hadapan kediaman rumah Noryn Aziz sekitar jam 9.45 malam itu telah mengakibatkan salah seorang pembantu rumah temannya cedera di bahagian kaki dan badan akibat dipukul salah seorang perompak berkenaan dengan alat tumpul.
Turut terbabit ialah pelakon popular Siti Shahrizah atau Eja bersama anak kecilnya dan seorang bekas model Suhara dan bekas personaliti TV, Adriana yang juga bersama-sama anak kecilnya.
Empat perompak  berkenaan telah berjaya mengambil  beg tangan rakan-rakan wanitanya yang mengakibatkan kerugian dianggarkan berjumlah RM30,000.
“Memang rumah saya tidak ada pengawal keselamatan dan tak ada lelaki diundang ke majlis itu. Oleh  kerana majlis itu masih berlangsung, jadi saya biarkan pintu pagar dibuka sahaja.
“Tak sangka pula, sebaik sahaja selepas Natasha Hudson dan Betty Benafe bersama-sama bayi mereka pulang, nasib tak baik telah menimpa Eja dan Shohara dan Edrina dan anak-anak mereka.
“Suhara menjerit meminta semua orang masuk ke dalam rumah dan ketika itu jugalah perompak itu telah berlari masuk dari pintu pagar dan telah menggegarkan pintu rumah saya meminta kami keluar,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top