Bizmilla Catering Bisnes Mila Yang Ke-4


 Penyanyi kecil molek Milaatau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin 27, meluaskan empayar perniagaannya dengan membuka lagi satu perkhidmatan katering memfokuskan kepada majlis perkahwinan mahupun majlis rasmi.
“Alhamdulilah, Bizmilla Catering bisnes saya yang ke-4 hasil dorongan dan sokongan rakan kongsi saya Puan Habibah dan Encik Adam yang memiliki Wedding Studio bagi perkhidmatan fotografi,” katanya dihubungi Murai.
Mila sebelum ini mempunyai 3 cabang bisnes, iaitu Luvmila Corporation memfokuskan kepada perniagaan pengurusan majlis dan video korporat. Pada tahun 2010, Mila telah membuka sebuah restoran yang dikenali Restoran Embun Urai di Puchong, serta Bizmilla Trading menjual pakaian secara online seperti baju kurung, jubah dan sebagainya.
“Rezeki yang diberikan oleh Allah, saya amat bersyukur sekali, dan akan lebih fokus kepada urusan perniagaan agar lebih berjaya dan perkhidmatan yang saya tawarkan itu bersesuaian dengan kehendak pelanggan,” katanya.
Bizmilla Katering bermula dengan harga Rm25/pax dan Mila juga mempunyai dewan yang dikenali sebagai Dewan Kristal untuk disewakan bagi memudahkan para pelanggan melangsungkan majlis persandingan.
Dalam perkembangan lain, Mila baru sahaja selesai rakam 2 buah lagu iaitu satu lagu single dan satu lagu duet bersama Nubhan. Lagu Single hasil ciptaan Kunci Demak yang bertajuk Boneka manakala lagu duet hasil ciptaan Omar K bertajuk Hampir Jauh.
“Saya masih aktif lagi menyanyi di bawah naungan Nova Music, difahamkan kedua-dua lagu saya itu akan dikeudarakan di corong-corong radio selewat-lewatnya September depan,” ujarnya.
Ketika ditanya mengenai pasangan hati adakah sudah berpunya ke belum? Mila menjawab beliau hatinya telah disunting oleh seorang jejaka bergelar usahawan yang telah dikenali sejak berusia 18 tahun lagi.
“Hubungan kami memang sebegitu, sekejap baik sekejap tidak dan saya berharap hubungan kali ini menjadi  untuk ke jinjang pelamin.”
Mila juga memberi komen bukan disebabkan kekasihnya membuatkan beliau berkeputusan berhijab, itu semua kehendak nalurinya. Kekasih Mila tidak dapat dikenali dengan lebih jauh disebabkan atas permintaannya sendiri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top