Gara-Gara Kebenaran, FB Hafiz Mansor, Pengasas CoolHijab Diblocked |Ramai yang masih tak kenal siapa Hafiz Mansor ni. Beliau adalah pengasas CoolHijab, dan penulis buku Bagaimana Bankrup Menjadikan Aku Kaya. Buku tersebut menceritakan pengalaman beliau dalam bisnes dari A sampai Z, dari kaya (semasa belajar) ... kemudian jatuh, lepas tu bankrup ... dan kemudian berjaya mengasaskan CoolHijab yang menjadikan Hafiz seorang usahawan yang berjaya - Berniaga 7 tahun, dan bankrup kemudian kaya dalam tempoh 6 bulan!

    Anda tentu nak tahu, apa yang dikatakan oleh si Hafiz Mansor .. orait, berikut adalah sebahagian daripada apa yang dikatakan oleh Hafiz Mansor mengenai negeri Perlis, negeri kelahirannya...


    Hafiz Mansor dilahirkan di Perlis pada tahun 1984, jadi boleh kira berapa umurnya sekarang. Nama sebenar beliau ialah Nor Mohd Hafiz bin Mansor. Berniaga sejak dari bangku sekolah dengan menjual kacang kuda pedas. Masuk darjah enam, beliau menjual kad nama ... saya pun pernah jual kad nama ni kat sekolah, tapi sekolah menengah la .. sebab saya lagi tua dari si Hafiz ni.

    Hafiz Mansor pernah belajar di Maahad Tahfiz di Arau, Perlis. Tapi tak lama kat Maahad tu sebelum sambung belajar kat Sekolah Agama Al-Islahiah Behor Mali, Perlis.

    Kehidupan masa kecil di Perlis tidaklah indah. Masa tahun 1997, Hafiz terpaksa berdepan dengan hakikat penceraian kedua ibu bapanya. Sejak dari itu, Hafiz dijaga oleh ibunya dan terpaksa belajar lebih berdikari tanpa seorang bapa.

    Seorang yang sangat berbakat dalam melukis dan grafik, Hafiz pernah menang banyak pertandingan melukis malah kerana lukisanlah beliau mendapat tajaan biasiswa RM10K untuk belajar dalam Diploma Lukisan dan Ilustrasi di The One Academy.

    Semua kisah ini sebenarnya dah tertulis di dalam buku Bagaimana Bankrup Menjadikan Aku Kaya. Saya dah khatam baca buku tersebut dan banyak perkara mengenai realiti kehidupan, amalan bisnes, dakwah, serta banyak tips marketing dan cara nak jana income tanpa perlu makan gaji didedahkan.

    Berminat nak dapatkan buku tersebut? Boleh beli di sini -  Tempahan Buku Hafiz Mansor (Terhad)


    Beliau orang Perlis. Lahir di Perlis. Beraya di Perlis. Dan beliau telah hasilkan banyak buku dan panduan untuk bantu usahawan di Malaysia, bukan setakat usahawan dan rakyat negeri Perlis tetapi usahawan serata Malaysia. Tak percaya? Cuba anda lihat kejayaan usahawan-usahawan berikut yang telah dibantu oleh Hafiz Mansor:
    Orang Perlis patut bangga kerana lahirnya manusia bernama Hafiz Mansor ini. Beliau boleh dijadikan ikon untuk remaja dan belia, sebab beliau dari kecil berdikari .. malah nak masuk belajar diploma pun tak harapkan duit mak bapak dia ... semua diusahakan sendiri dan berjaya pula tu.

    Apa yang disebut oleh Hafiz Mansor dalam FB mengenai kehidupan negeri Perlis adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya yang mungkin sedikit kritis, tetapi ia kebenaran. Tak perlulah rakyat Perlis sentap dengan apa yang diluah dan dikatakan. Berlapang dada. Kena hadap benda ni. Adalah lebih baik dijadikan pengajaran dan perbaiki mana yang patut.

    Kalaulah si Hafiz Mansor ni tidak menulis .. ramai yang akan anggap Perlis indah khabar dari rupa. Dari kena maki dari orang luar yang datang ke Perlis, adalah lebih baik terlebih dahulu Hafiz Mansor menulis dengan caranya untuk tegur dan buka mata semua pihak akan realiti yang berlaku di Perlis.



    Gadis Ini Menjadi Gila,Kerana Pinangan Di Tolak|Menikah dengan pasangan yang di cintai adalah impian setiap orang. Namun bagai mana dengan lamaran kekasih yang selama ini kita cintai di tolak oleh kedua orang tua?

    Mungkin sukar dan berat menerima kenyataan, seperti itulah yang di alami oleh seorang gadis bernama yuli seorang gadis yang mempunyai ijazah berpelajaran tinggi yang tidak dapat menerima kenyataan apabila pinangan kekasihnya ditolak oleh kedua orang tuanya.

    Sehinggalah yuli si gadis muda nan ayu menjadi gila akibat pinangan kekasihnya di tolak oleh kedua orang tuanya.

    Berikut kongsian ustaz yang merawat yuli.

    Perdana Akhmad Lakoni, seorang ustaz menceritakan dalam Facebooknya, tentang pengalaman menyembuhkan Yuli .

    Lihat Juga : Suami Lakukan Huungan Seks Depan Isteri Yang Lumpuh

    Ia begitu terharu melihat Yuli yang di lihatnya seperti kehilangan cahaya di wajahnya. "Mak… Aku ingin kawin," begitulah kalimat yang diulang-ulang Yuli, seperti ditulis Ustaz Perdana.

    Orangtua Yuli lah yang meminta Ustaz Perdana menyembuhkan penyakit putrinya yang semakin parah.

    "Tolonglah, Ustaz... Sembuhkan anak kami, Yuli… Kami sekarang ikhlas dia menikah dengan siapa pun asalkan anak kami sembuh," pinta keduanya seperti dikisahkan Ustaz Perdana.

    Permintaan itu disanggupinya dengan cara meruqiyahnya. "Aku menjadi sangat iba pada Yuli. Saat proses meruqyahnya, dengan izin Allah, aku berusaha tulus ingin menyembuhkannya, ditambah orang tuanya sangat menumpukkan harapannya padaku," lanjut Ustaz Perdana.

    Pengobatan itu dilakukan beberapa kali, hingga akhirnya Yuli mulai "hidup" lagi. "Wajah Yuli pun menghangat dan cerah dengan semangat baru.

    Allah Maha Baik. Pada satu kesempatan khusus Yuli akhirnya mencurahkan isi hatinya padaku. Air matanya meleleh seketika wajahnya berusaha menahan luapan emosi yang membuat wajahnya merah padam."

    Yuli merasa sangat sakit ketika orangtuanya menolak lamaran sang kekasih. "Ustaz, hatiku hancur sehancur-hancurnya… orangtuaku tidak menyetujuiku menikah dengan lelaki yang aku cintai.

    Akhirnya entah mengapa dada ini terasa sangat nyeri, kepalaku terasa sangat sakit, dan aku kehilangan kesadaran," kata Yuli kepada Ustaz Perdana.

    Lihat Juga : Inilah Kehidupan 'Gadis Rimba' Yang Gemparkan Laman Sosial

    Agak lama Ustaz Perdana menghabiskan waktu untuk menasihati Yuli agar ia lebih kuat menata kembali kepingan-kepingan hatinya. Perkara patah hati memang tak pernah mudah untuk diatasi.

    Akhirnya, Ustaz Perdana yang pernah mempunyai kisah cinta hampir serupa pun menyarankan kedua orangtua Yuli, yang lega melihat kesembuhan putrinya, untuk menjodohkan dengan orang yang dicintainya dan segera dinikahkan.

    Yang mengagumkan, Ustaz Perdana menolak uang pemberian kedua orangtua Yuli. "Wang tidak akan dapat membeli cinta sejati. Biarlah cintaku tergantung di langit tinggi.

    Ada 73 bidadari surga yang menanti diri yang akan memperebutkan cinta sang mujahid yang syahid," tutupnya.


    BIL ELEKTRIK NAIK 3 KALI GANDA DARI BIASA, TNB BERI ALASAN EL-NINO|Laman Facebook Tenaga Nasional Berhad (TNB) Careline, 'diserang' netizen yang tidak berpuas hati bil elektrik bulanan mereka naik mendadak berbanding kadar penggunaan biasa. 

    Menurut Farhan Sofia, bil elektriknya pada bulan lalu RM60 sahaja. Namun, bil elektrik bagi bulan April pula dikenakan sebanyak RM182. Naik tiga kali ganda! 

    "Bila call TNB Careline dan tanya kenapa naik 3 kali ganda, TNB jawab 'sebab el-nino'. Selepas itu cakap okay dan akan hantar kakitangannya untuk periksa kalau. Kalau meter rosak, TNB akan ganti. Kalau tak rosak, TNB akan caj pada bil saya sebanyak RM5. 

    "Kenapa nak caj lagi? Tak cukup ke dah dekat tiga kali ganda TNB caj bil elektrik saya? Sedangkan saya 7 hari seminggu, hanya malam sahaja berada di rumah. Customer minta tolong, bukan minta dikenakan caj tambahan," katanya. 
    Jumlah bil elektrik Puan Suziey Sue pula, lebih dahsyat di mana beliau dikenakan caj sebanyak RM569.90. 

    "Tinggi tak tinggi bayaran bil elektrik rumah saya. Dah macam office pula. Lagi RM150 saja untuk bayaran sewa rumah," katanya. 

    Seorang netizen yang tidak didedahkan nama ini pula berkata. kebiasaannya beliau dikenakan sebanyak RM80 sahaja. Namun pada bulan April, TNB menetapkan jumlah caj penggunaan sebanyak RM200. 

    "Biasa saya kena RM80 camtu. Kenapa bil untuk bulan ini naik mendadak sampai RM200? Bila saya pergi TNB terdekat, kakitangannya kata salah bacaan meter. Bila pergi periksa, bacaan tetap sama, saya tetap disuruh bayar jumlah itu. Jadi, buat apa datang check kalau dipaksa juga untuk bayar jumlah yang ditetapkan itu? 


    "Kami bukan banyak duit kena bayar setiap kesalahan staff TNB yang salah baca meter. Kami bukannya sentiasa berada di rumah setiap kali kakitangan TNB datang check meter, kami berkerja," katanya. 

    Susulan itu, ramai pengguna mendesak TNB memberikan penjelasan mengenai isu yang timbul kerana jumlah caj yang dikenakan itu agak tidak munasabah dan mengelirukan. 


    AirAsia Bekal Cicak Dalam Nasi Lemak|Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum dan sedang menyiasat aduan mengenai penemuan cicak oleh seorang penumpang ketika menikmati nasi lemak dalam pesawat milik syarikat itu.

    Bahagian Komunikasi AirAsia, Eugene Siew berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan bagi mendapatkan fakta dan punca pencemaran yang dikatakan oleh penumpang tersebut.

    "Pihak kami telah berkomunikasi dengan penumpang itu bagi mendapatkan fakta sebenar, namun apa yang dikesali ialah penumpang itu tidak menyerahkan dengan kadar segera makanan itu kepada kami bagi membolehkan kami mengenal pasti punca pencemaran itu," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

    Menurut AirAsia lagi, pihaknya mengambil serius perkara itu kerana ia melibatkan kepentingan penumpangnya.

    "Kami sedang mencari fakta sebenar dan menolak sebarang perbuatan khianat," katanya.
    Sementara itu, katanya mengenai dakwaan keracunan makanan, pihaknya akan membantu penumpang itu bagi membiayai perbelanjaan perubatan dan masih menunggu laporan dan bil-bil perubatan penumpang tersebut.

    "Pihak katerer kami diperakui oleh ISO 22000: 2005 oleh SGS United Kingdom, dan telah mendapat perakuan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, MeSTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Gred A, Premis Bersih oleh Majlis Daerah Kuala Selangor," katanya.

    Terdahulu, seorang penumpang yang dikenali sebagai Waseem Abbas, 27, memberitahu Sinar Online bahawa dia terkejut kerana menemui seekor cicak ketika menikmati juadah nasi lemak yang disediakan oleh syarikat penerbangan tersebut.

    "Dalam beberapa suapan saya rasa macam lain macam sahaja sambal itu , saya tanya isteri ini apa? Isteri kata ikan bilis, saya cakap tidak mungkin ikan bilis mempunyai kaki.

    "Saya tanya mereka (penumpang lain), mereka 'confirmkan' ini cicak dan bukan ikan bilis, 
    terus saya loya tekak," katanya.

    Selepas itu katanya, dia membawa makanan itu kepada kabin krew dan meminta mereka memeriksa makanan tersebut.

    Kabin krew kemudian mahu menukarkan nasi lemak itu dengan hidangan lain.

    "Saya tidak mahu, selepas itu tiba sahaja saya di Lapangan terbang Antarabangsa Kuching saya membawa nasi lemak itu balai polis dan membuat laporan," katanya.

    Sementara itu, katanya pihak syarikat penerbangan itu ada menawarkan penebusan bayaran balik tiket penerbangan namun katanya dia menolak permintaan itu dan berhasrat mahu membawa kes itu ke mahkamah.

    “Saya tidak mahu orang lain menjadi mangsa, ini melibatkan nyawa," katanya.


    Pak Su Rayu Pulangkan Motonya Yang Telah Di Curi|Seorang peminat Hijau Kuning yang begitu teruja selepas pasukan kesayangannya berjaya menewaskan Kelantan, malam Selasa lalu, kecewa sebaik sahaja melihat motosikal yang diparkir berdekatan Stadium Darul Aman lesap ketika hendak pulang.

    Mangsa, Abd Hadi Ismail, 23, dari Kampung Alor Senjaya, Titi Gajah meletakkan motosikal Yamaha 135LC warna hitam dalam keadaan berkunci di kawasan meletak motosikal yang dibenarkan bertentangan sebuah kuil, sekitar 8.45 malam.

    Abd Hadi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Su berkata, setelah tamat perlawanan sekitar 11.00 malam, dia terkejut apabila motosikal itu tiada di tempatnya.

    “Saya rayu kepada pencuri itu supaya pulangkan motosikal milik abang saya itu. Saya sanggup beri dia sagu hati, asalkan dia pulangkan. Motor itu milik abang, jadi saya terpaksa bayar nilai motosikal itu kepada abang,” katanya.

    Rayuannya itu turut dimuat naik di laman Facebook miliknya, dan dalam sekelip mata menjadi viral apabila dikongsi lebih 12,200 orang, yang ingin membantunya mendapatkan semula motosikal terbabit.

    Kenyataannya menyebut; “Motor Pak Su hilang malam game Kedah vs Kelantan. Kepada pencuri motor Pak Su, kalau terbaca Pak Su merayu tolong bagi la balik. Nak duit xpa Pak Su bagi takat mampu. Tapi tolonggg laa, tu bukan motor Pak Su, motor abang Pak Su.

    "Mana nak cekau 7-8 ribu nak bayar? Tolong la 014 7439045 wasap mai kita bincang elok2. Aku nak kawen weiiii nak himpun duit nak menega (berniaga) bulan posa (puasa). Bila jadi macam ni habis celaru. Call mai habaq nak berapa Pak Su bagi takat mampu.

    "Sekali lagi merayu sangat2. Mohon jasa baik semua rakyat Malaysia terutamanya Kedah!! SEBARKAN biar sampai kepada pencuri tu. Kepada pencuri sekali lagi Pak Su rayu kat hang, kalau xdak kerja mai kerja dengan Pak Su, cukup untuk hidup & tak kacau orang.”
    Abd Hadi berkata, pada malam kejadian, dia sudah berasa tidak sedap hati, namun memutuskan meminjam motosikal abangnya kerana sudah lewat untuk ke stadium.

    “Pada malam itu, ketika berjalan ke kawasan parkir motosikal, saya nampak sekumpulan melihat sebuah motosikal yang dikopak namun tidak berjaya dikebas. Jaraknya lebih kurang satu meter dari tempat motosikal saya,” kata anak bongsu tujuh beradik itu.

    Alangkah terkejutnya apabila sampai ke tempat parkir, dilihatnya motosikal dinaikinya turut tiada.

    “Waktu itu saya kelu, kaku dan gelisah. Sehingga ada seorang lelaki bertanyakan apa yang berlaku. Orang ramai berdekatan turut bantu mencari di sekitar kawasan, namun sehingga kini belum dijumpai,” katanya, yang berniaga Aiskrim Kifayah Titi Gajah, berdekatan Jalan Gangsa.

    Menurutnya, dia turut terdengar rungutan orang ramai yang turut kehilangan topi keledar dan motosikal pada malam itu.

    "Tujuan saya sebar kejadian ini adalah supaya pencuri itu dengar dan fahami perasaan mangsa kecurian. Tindakan itu sangat tidak wajar, sebab banyak kerja lain yang dia boleh buat. Saya tidak berhasrat aniaya pencuri itu jika mahu pulangkan motosikal, malah saya sedia bantu dia,” katanya.


    Guru Dera Murid OKU|Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan akan menyiasat kes seorang murid OKU yang dilumur mukanya dengan makanan di kantin sebuah sekolah di Sikamat, di sini.

    Pengarahnya, Rusni Ab Jalil, berkata, pihaknya akan menyiasat kes tersebut secara terperinci dan tindakan akan diambil sekiranya benar berlaku.

    “Kita masih menyiasat kes ini dan tindakan akan dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya ringkas di sini, hari ini.

    Semalam, seorang ibu kepada murid OKU yang mengalami masalah autisme mendakwa guru sekolah tersebut melumurkan makanan di muka anaknya di hadapan murid lain di sekolah.

    Ibu murid tersebut mendakwa guru berbuat demikian kerana mahu mendisiplinkan anaknya berikutan lambat menghabiskan makanan pada waktu rehat.
    Luahan hati ibu tersebut mendapat simpati netizen dan menjadi viral di laman Facebook


    Datuk Noraini Ahmad  Melepaskan Gian Menunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Di Pekarangan Parlimen|Tindakan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad yang melepaskan gian untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi di pekarangan Parlimen menarik perhatian kakitangan serta petugas media di sana.

    Menerusi klip video yang dimuat naik menerusi portal SuaraTV, Noraini dilihat sedang menunggang motosikal milik rakannya hanya kerana ingin melepaskan gian setelah sekian lama meninggalkan hobi tersebut.

    Menurut Noraini, beliau sememangnya amat menggemari aktiviti menunggang motosikal malah pernah menyertai beberapa konvoi besar suatu ketika dahulu.
    “Ia berlaku secara tak sengaja sebab itu motor kawan saya.

    “Saya dah lama memiliki lesen B dan dulu semasa mewakili Puteri Umno, saya juga pernah terlibat dalam konvoi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebab dulu saya ada motor sendiri tapi sekarang tinggal helmet sahaja.

    “Sebab (sebagai) orang kampung memang (kami) selalu bawa motor, cuma saya kecil-kecil dahulu hanya mampu naik Vespa dan sejak usia 16 tahun (saya) sudah dapat lesen pertama,” katanya seperti yang dipetik oleh portal berkenaan.

    Dalam pada itu, Noraini memaklumkan bahawa beliau sudah hampir setahun tidak menunggang motosikal yang sebelum ini menjadi rutin dan hobinya.

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top