Tinjuan di media sosial mendapati ramai pelayar media sosial 'menyambut' saranan itu dengan mengubah profile dan cover Facebook mereka dengan 'warna merah jambu'. 

'Jambu la The Red Warrior (TRW)  pahni (selepas ini)," kata Haikal selepas memberi komen ke atas profile stadium merah jambu yang terpampang di cover Facebook penyokong Kelantan. 

Terdahulu, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menetapkan dua syarat  kepada Kafa sebelum bersedia menaja badan induk itu. 

Menurut Dr Hasmiza atau dikenali sebagai Datuk Vida, antara syarat yang dikenakan ialah Stadium Sultan Muhammad IV dicat dengan warna merah jambu untuk menghasilkan satu kelainan kepada penyokong bola