Pejam celik, pejam celik dah nak hujung tahun. Kekadang tu Admin rasa macam sekejap sangat setahun itu nak dihabiskan.
    Begitu juga dengan tayangan filem melayu. Bagi tahun 2014 ni, hampir setiap bulan ada sahaja 2 atau 3 filem yang ditayangkan di pawagam.
    Kekadang tu tak sempat Admin nak pergi tonton, almaklumlah sibuk bagi info kat korang.
    Jadi penerbit dan pengarah sentiasa berdoa agar filem mereka diterima umum dan menerima kutipan yang memberangsangkan.
    Kali ini, Admin tak nak lah kongsikan dekat korang filem apa yang mendapat kutipan tertinggi. Jadi Admin ‘share’ kat korang, filem apa yang mendapat kutipan terendah.
    Jadi kepada Produser mahupun penggiat filem, janganlah putus asa ya, biasalah industry filem kita, ada pasang surutnya.
    Kepada yang berjaya, Admin ucapkan tahniah, kepada yang mendapat kutipan ‘so so’, diharap cubalah lagi yaa..
    1. Tembus (RM336,978)
    2. Amir Dan Lokman Pergi Ke Laut (RM300,468.50)
    3. Rumah Sewa RM50 (RM295,879)
    4. CEO (RM289,597)
    5. ApokalipsX (RM253,446)
    6. Lu, Gua Bro (RM245,742)
    7. Cara Mengundang Hantu (RM245,448.20)
    8. Jin (RM223,466.50 )
    9. Awak Nak Kahwin Dengan Saya (RM220,890.38)
    10. Laga (RM158,674.88)


    Beberapa jam selepas trailer pertama filem ini bocor ke internet, pihak Marvel yang pada awalnya mahu mendedahkannya pada Selasa depan telah memuatnaik trailer rasmi melalui saluran Youtube mereka dan ianya nampak awesome!
    Trailer pertama The Avengers: Age of Ultron ini menunjukkan seluruh pasukan Avengers beraksi termasuklah pandang pertama untuk sut Hulkbuster dan pastinya wajah Ultron yang disuarakan oleh James Spader รข€” yang mana agak creepy untuk didengar.
    The Avengers: Age of Ultron akan menjengah pawagam pada 1 Mei 2015, di Amerika Syarikat.



    BAGI anda yang pernah mengikuti filem ‘The Conjuring’ arahan James Wan tahun lalu, pasti masih merasai keseraman dan kejutan yang disuntik Wan di dalam filem ketujuhnya itu.
    ‘The Conjuring’ merupakan filem yang mengangkat tema seram, suspen dan ‘thriller’ yang jalan ceritanya dikatakan diangkat dari kisah sebenar kehidupan sebuah keluarga yang mengambil latar masa pada tahun 1970-an.
    Atas kejayaan filem tersebut yang mendapat kutipan pecah panggung sehingga RM600juta berbanding kos pembikinan filem yang dianggarkan sekitar RM60juta sahaja, James Wan sekali lagi bertindak sebagai penulis menggarap naskhah terbaru, Annabelle.
    Annabelle juga dikatakan di ambil dari kisah benar mengenai sebuah patung vintaj yang penuh misteri.
    Bagaimanapun naskhah kali ini diarahkan oleh John R. Leonetti dan membariskan barisan pelakon seperit Annabelle Walli, Alfre Woodard, dan Eric Ladin.
    Annabelle mengisahkan kehidupan Mia dan John, sepasang suami isteri yang diganggu oleh makhluk halus yang dipercayai berpunca dari sebuah anak patung yang dibeli oleh John dan dibawa ke rumah.
    Beberapa kejadian pelik dan menyeramkan mulai menyelubungi kehidupan mereka.
    Biarpun trailer filem ini mampu menyuntik rasa seram dan memberi keinginan untuk anda menontonnya di pawagam, namun nasihat penulis, jangan meletak harapan yang tinggi.
    Ini kerana, kedua-dua kisah seram ini digarap oleh pengarah yang berlainan dengan cerita yang pelakon yang berlainan.
    Biarpun mempunyai kesan bunyi yang cukup membuatkan jantung anda berdebar, namun debaran dan kejutan itu tidak lama dan lebih mengecewakan keseluruhan filem ini berbeza dengan impak filem The Conjuring.

    Plot boleh di agak
    Kelemahan utama filem ini adalah plot penceritaan yang sudah boleh di agak dari mula hingga akhir.
    Leonetti gagal mengekalkan kecemerlangan Wan menerusi Annabelle biarpun patung vintaj itu sendiri mempunyai satu kisah yang cukup kuat.
    Apatah lagi, dengan muka yang menakutkan, ia mampu membuatkan anda rasa meremang sekiranya merenung patung itu lebih lama.

    Lakonan mantap
    Bagaimanapun mujur Leonetti mempunyai barisan pelakon yang cukup mantap dan meyakinkan dalam menjayakan watak masing-masing.
    Penghayatan watak yang cukup berjaya itu akan membuatkan anda masih merasa debaran itu walaupun tidak cukup kuat apabila melibatkan babak seram.
    Pujian juga harus diberikan kepada Walli yang berjaya melakonkan wataknya sebagai Mia dengan baik sekali.
    Bagi anda yang meminati filem seram dan pernah menonton The Conjuring, rasanya anda perlu untuk menonton filem ini di pawagam.

    PENGARAH : John R. Leonetti
    PELAKON : Annabelle Walli, Alfre Woodard, dan Eric Ladin.
    GENRE : Seram
    DURASI : 1jam 35minit
    KLASIFIKASI : P13
    TAYANGAN : 02 Okt 2014
    KESELURUHAN : * * * BEST...



    Tajuk: Hantu Selfie Channel : Astro Maya HD Tayangan : 3 Ogos 2014 Masa: Ahad, 10 Malam Barisan Pelakon: Zizan Razak, Emma Maembong Sinopsis Hantu Selfie Saleh, seorang jejaka muda yang gemar mengambil selfie dan memuat naiknya ke internet. Suata hari, dia tertangkap gambar hantu cantik bernama Emma. Emma mahu Saleh mencari pembunuhnya dan Saleh ingin Emma monolongnya untuk menambat hati gadis idamannya Tisha. Tayang raya ke 7,

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top