Showing posts with label Artis Luar Negara. Show all posts
Artis Luar Negara
Sebut sahaja Mr Bean pastinya semua mengenali. Mana tidaknya lakonannya menerusi watak Mr Bean sangat mencuit hati penonton.
Namun siapa sangka disebalik lagatnya yang mencuit hati ada juga perkara yang kurang enak didengar. Aktor yang popular menerusi watak Mr Bean itu sah bercerai gara-gara menjalinkan hubungan cinta dengan seorang aktres yang jauh lebih muda darinya.
Rowan Sebastian Atkinson, 64, dan Louis Ford, 32, dikatakan berkenalan sewaktu mereka terbabit dalam satu pementasan di West End pada tahun 2013.
Kini perkahwinannya yang dibina selama 24 tahun bersama isterinya, Sunestra Sastry akhirnya menemui titik noktah.
Mereka berkahwin pada tahun 1990 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Ben, 22 dan Lily, 20.
Prosedur perceraian pasangan itu berlaku dalam jangka masa yang begitu pendek iaitu 65 saat kerana kedua-dua belah pihak mencapai kata sepakat untuk bercerai.
Artis Luar Negara
Pelakon terkenal Bollywood, Priyanka Chopra berjaya mengalahkan pengacara Jimmy Fallon dalam pertandingan makan kepak ayam.
New Kerala melaporkan Priyanka dicabar oleh Jimmy ketika membuat kemunculan menerusi program The Tonight Show Starring Jimmy Fallon.
Malah Priyanka dilihat tidak mempunyai sebarang masalah apabila ayam disediakan berperisa pedas dengan sos cili.
Artis Luar Negara
Rossa Kononnya Bercinta Dengan Kerabat Diraja|Ikutkan, gosip ini sudah dua tahun Admin dengar tapi tiada sumber sahih yang boleh mengesahkannya. Malah tuan empunya diri pun sering saja menafikannya.
Sehinggalah satu hari teman Admin bangkitkan semula khabar angin mengenai penyanyi popular Indonesia, Datuk Rossa didakwa sudah berkahwin dengan kerabat diraja Pahang.
Hal ini timbul apabila teman Admin mendakwa ternampak penyanyi itu mesra bersama kerabat itu di satu hotel terkemuka di Sarawak, baru-baru ini.
Kebetulan teman Admin berada di situ dan bertanya dengan beberapa orang di sana mengenai kehadiran penyanyi itu di hotel tersebut.
Mereka mendakwa, penyanyi itu berada di sana untuk bercuti dengan suaminya. Lebih mengejutkan, suaminya itu dipercayai kerabat diraja.
Sudah tentu kawan Admin ternganga mendengar berita itu hingga tidak sabar menyampaikannya kepada Admin. Kalau betul dakwaan itu, Admin tumpang gembira sebab umum tahu nama Rossa tidak asing di negara kita. Penyanyi yang popular dengan lagu Ayat-ayat Cinta itu memang sering ke Malaysia menjayakan undangan persembahan.
Bagi Admin, jika betul berita yang Admin dengar itu, terhapus juga gosip hangat yang memperkatakan Rossa kononnya bercinta dengan Afgan sebelum ini.
Apa pun, kita tunggu sajalah penyanyi Tegar itu sedia berkongsi berita gembira ini.
Artis Luar Negara
1.5 Juta Rakyat Indonesia Dengar Lagu Aduh-Aduh Sayang|Lagu Aduh-Aduh Sayang dendangan Lawa Nie Geng bersama Deassy Natalia telah didengari hampir 1.5 juta rakyat Indonesia iaitu kira-kira 5% kepadatan penduduk negara republik itu.
Walaupun angka itu nampak kecil, bagi Lawa Nie Geng ia merupakan satu pencapaian terbesar buat karier Rap di sana.
“Syukur Alhamdulilah, lagu ini telah diterima baik oleh pendengar di Indonesia, malah di negara kita ia menjadi hits carta di stesen-stesen radio tempatan.
“Walaupun kami faham nama grup kami agak tidak dikenali tetapi lagu yang dikeudarakan itu menjadi terkenal, ia cukup bermakna buat diri kami.
“Tiada istilah berasa kecil hati atau kecewa tidak dikenali, yang paling penting karya kami diterima dan disukai oleh semua pihak,” kata Lawa Nie Geng kepada portal Murai.com.my.
Lawa Nie Geng ditemui media di Majlis Pelancaran Album Sulung Lawa di ibu negara turut ditanya apakah perbezaan Lawa Nie Geng dengan grup rap yang lain.
Dengan selamba mereka menjelaskan, Lawa Nie Geng terima apa jua tawaran untuk menghasilkan lagu rap tanpa memilih bulu.
Seperti lagu produk kecantikan NV yang menjadi penaja utama Akademi Fantasia 2015, pada mulanya nampak macam kelakar, tapi lama-lama lagu tema tersebut menjadi Catchy dan diterima ramai.
“Kami main tibai sahaja lagu-lagu apa yang untuk dijadikan irama Rap. Janji lagu itu sedap didengar dan tidak mengelirukan.
“Apa-apa pun, kami akan pastikan irama Rap yang dibawa oleh Lawa Nie Geng terus relevan diperingkat umur dan lapisan masyarakat.
Menyentuh mengenai album Lawa, ia terkandung 16 buah lagu terdiri daripada lagu popular Lawa Nie Geng. Lagu-lagu lain yang bakal hits ialah Kita Punya, Siapa Aku, LAWA dan Tidak Adil.
Artis Luar Negara
Senarai Sepuluh Bintang Antarbangsa Tak Guna Media Sosial!|Penggunaan media sosial amat penting bagi orang ramai. Tetapi berbeza pula bagi selebriti antarabangsa, ada di antara mereka tidak menghiraukan langsung mengenai Facebook, Twitter mahupun Instagram.
Mungkin dianggap kolot dan tidak berdaya maju, tetapi mereka ini mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka mengambil keputusan sedemikian.
Ini Adalah senaraikan 10 selebriti antarabangsa yang tidak mempunyai platform media sosial untuk berinteraksi dengan jutaan peminat mereka.
George Clooney
Dalam satu temu bual bersama Variety, pelakon berusia 54 tahun itu berkata: “Bayangkan anda ambil pil tidur kemudian bangun tidur dengan ayat-ayat yang tidak masuk akal. Sangat tak sesuai. Saya mungkin ucap sesuatu yang bodoh dan saya juga tak mahu terlalu terdedah.”
Persoalannya, apa yang Clooney benar-benar risau akan terlepas daripada mulutnya?
Kristen Stewart
Aktres francais popular Twilight ini sudah beberapa kali meluahkan rasa tidak puas hati terhadap media sosial.
Stewart terkenal sebagai selebriti yang tidak gemar menerima perhatian umum dan dalam satu temu bual bersama Flaunt, beliau mengesahkan kebenciannya terhadap media sosial.
“Twitter merosakkan hidup saya setiap hari. Ada orang akan cakap ‘saya sedang duduk di sebelah Kristen Stewart sekarang’ kemudian paparazzi pun sampai.
"Saya sangat marah. Kamu seolah-olah tak peduli mengganggu hidup orang lain. Dan ini berleluasa.
"Semua orang boleh buat sekarang. Beli kamera dan jadi paparazzi. Buat akaun Twitter dan kamu jadi wartawan,” ujar Stewart.
Scarlett Johansson
Pelakon yang baru menimang cahaya mata ini berkata beliau tidak mahu berkongsi butiran tentang kehidupan seharian bersama peminat.
Jika pelakon The Avengers ini fikir Twitter dicipta untuk tujuan tersebut, elok juga dia tidak mempunyai akaun media sosial. Jika tidak, suapan media sosial kita akan dibanjiri kemas kini milik Johansson
Jennifer Lawrence
Selepas foto peribadi beliau digodam dan disebar, sesiapa pun mampu memahami keputusan J-Law untuk tidak memiliki akaun Twitter mahupun Instagram.
Pemenang Academy Awards ini secara umumnya berhati-hati dengan Internet.
“Saya tidak akan faham Twitter. Saya tidak mahir dengan telefon dan teknologi. Emel pun saya tak mampu kejar, kalau Twitter saya lagi tak mampu fikir.
"Kalau kamu ada nampak akaun Facebook, Instagram, atau Twitter saya, itu bukan saya punya,” jelas Lawrence kepada Nick Grimshaw, hos Radio 1 BBC.
Julia Roberts
Aktres jelita berusia 47 tahun ini tidak menggunakan Twitter kerana tidak ada ‘hubungan manusiawi’ yang terlibat.
Dalam temu bual media untuk promosi filem August: Osage County, beliau memberitahu, “Saya rasa unsur bersemuka tidak ada dalam Twitter.”
Bradley Cooper
Pelakon kacak ini menganggap Twitter akan mempengaruhi cara peminat memandang beliau.
Dalam temu ramah bersama majalah OK! beliau memberitahu, “Ini (Twitter) satu cara yang baik untuk mempromosi idea dan projek. Saya suka cara lama.
"Kalau saya terlalu kenal kamu dan kamu berlakon satu watak, saya pasti susah untuk melupakan siapa kamu yang saya kenal dan yakin dengan watak kamu.”
Brangelina
Melakonkan sendiri aksi lasak, mengarah filem, mengambil anak angkat dari seluruh dunia — semua ini buat kita terfikir apakah yang tidak mampu dilakukan oleh pasangan sensasi ini?
Rupa-rupanya mereka berdua tidak terlibat dengan media sosial kerana cabaran teknologi.
Rachel McAdams
Ratu komedi-romantik The Notebook dan The Time Traveler’s Wife ini mengakui beliau tidak tahu apa-apa tentang Twitter malah beliau juga tidak mempunyai televisyen.
Beliau, walau bagaimanapun, baru-baru ini telah mewujudkan akaun Instagram. Mungkin bagi McAdams, berkongsi foto lebih mudah berbanding kata-kata.
Mila Kunis
Perwatakan ceria dan petah aktres ini pasti membuat para peminat terfikir bahawa beliau mempunyai sesuatu untuk dikongsi di Twitter namun Kunis juga telah menyertai ‘fahaman’ anti media sosial.
Pelakon yang fasih berbahasa Russia ini tidak mahu berkongsi aktiviti harian beliau di khalayak ramai, pendapat yang senada dengan Johansson.
Kiera Knightley
Pada tahun 2009, aktres filem The Imitation Game ini pernah menyatakan, “Saya tidak suka Internet. Saya rasa hilang sifat manusia apabila selalu sangat menyemak e-mel atau laman media sosial.”
Sehingga kini, pandangan beliau masih belum berubah.
Artis Luar Negara
Wajah Terbaru Pelakon Cilik Kabhi Khushi Kabhi Gham Semakin Kacak|Mesti korang ingat dengan pelakon cilik lelaki yang berlakon dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gham.
Alahh budak lelaki yang comel yang jadi anak kepada Shah Rukh Khan dan Kajol, yang ada satu scene dia nyanyi lagu negara India di sekolahnya tiba-tiba ibunya Kajol masuk line nyanyi sekali sebab tersalah.
Ingatkan! Nama budak itu ialah Jibraan Khan dan sekarang ini dah berusia 22 tahun. Yang paling penting budak kecik ni dah besar kacak pula wajahnya.
Ditambah lagi badannya yang sado dan mantap boleh buat hati-hati gadis boleh menjadi cair. Opsss…
Apa-apa pun jomlah kita lihat foto-foto terbaru si Jibraan ni, kot-kot nanti boleh dapat teman lelaki seiras dia pun jadilah.
Artis Luar Negara
PELAKOM BOLLYWOOD KAJOL MAHU NAMA DI DADA SUAMI|Pada 2016, nama Kajol kembali menjadi sebutan ramai menerusi kemunculannya dalam filem Dilwale yang kini ditayangkan di seluruh dunia.
Selepas lima tahun tidak berlakon dengan Shah Rukh Khan, kini pasangan paling serasi di layar perak itu membuktikan tiada siapa yang dapat mengatasi kehebatan mereka berdua.
Baru-baru ini, khabarnya, isteri kepada aktor Ajay Devgan itu meminta suaminya itu mencacah namanya atas dada aktor itu.
Sebelum ini, Ajay sudah mencacah nama anak lelakinya,Yug di dadanya dan dia bercadang untuk mencacah nama anak perempuannya pula iaitu Nysa.
“Tak adil jika Ajay tidak mencacah nama saya juga di dadanya,” katanya.
Pasangan bahagia itu mendirikan rumah tangga pada 1999 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Kajol yang sebelum ini sibuk membesarkan dua anaknya itu, hanya baru-baru ini saja dia kembali aktif di Bollywood dan kemunculannya di layar perak memang dinantikan peminatnya.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...