Rockers Never Dai Kembali Bawa Genre Rock Kepada Generasi Baru!

Selepas filem Hantu Kak Limah Balik Rumah , pengarah terkenal Mamat Khalid kembali dengan filem terbaru iaitu Rock 4: Rockers Never Dai. Trilogi filem Rock sebelum ini yang telah mendapat sambutan luar biasa dari penonton membuatkan Mamat Khalid menyambung legasi filem ini.
Barisan pelakon hebat yang ditonjolkan dalam filem kali ini ialah Hazama, Sharwani NS, Adam John, Bulan Terry, Nazimi Fahmi serta penampilan khas oleh Dato’ Awie, Khir Rahman, Madnoor Hendrix, Edrie Hashim, Pekin Ibrahim, Kamarool Hj Yusof dan ramai lagi pelakon handal.

Perubahan muzik tanah air

Kisah Rock 4 bermula apabila Ronnie James “Dio” lakonan Sharwani NS yang sedar dari koma selepas berbelas tahun terlibat dalam kemalangan jalan raya. Setelah tersedar dari koma, Dio tidak dapat menerima hakikat bahawa trend muzik telahpun berubah secara drastik dan tidak menampilkan bakat nyanyian sebenar.
Dio cuba untuk sesuaikan diri dengan muzik terkini namun sering mengimbau kenangannya ketika bersama kumpulan Rimba Bara. Dio berhasrat untuk mengembalikan era zaman kegemilangannya itu dan menyelamatkan industri muzik rock.
Dio telah membuat keputusan untuk menjadi pengurus kepada sebuah band yang dianggotai oleh sekumpulan remaja. Dalam menaikkan band ini dan mengembalikan zaman kegemilangan rock, pelbagai cabaran dan halangan yang mereka tempoh kerana latar-belakang mereka yang berbeza.

Jalan cerita yang simple

Oleh kerana latar-belakang ahli kumpulan yang berbeza, pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui oleh setiap seorang dari mereka. Dalam perasaan Dio yang masih bersalah dengan kesilapan lamanya bersama Rimba Bara dulu, Dio bersungguh-sungguh membantu kumpulan Royal Slackers untuk menyertai macam-macam pertandingan. Dengan adanya media sosial, Dio telah berjaya menubuhkan band bernama Rimba Bara 2.
Ini merupakan filem yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat rock tegar, Mamat Khalid telah menghasilkan filem bergenre rock muzikal ini kerana ia sangat sebati dengan jiwanya. Ia berkisarkan perit-getir perjalanan pemuzik Rock tanah air yang sehingga kini memperjuangkan genre ini sehingga menjadi popular di seluruh negara.
Penceritaan filem ini disusun dengan baik dan tak terlalu berat untuk penonton, jadi penonton akan faham dengan lebih mudah. Bagi mereka yang tidak pernah menonton filem Rock sebelum ini, terdapat beberapa ‘flashback scenes’ yang boleh buatkan korang faham dengan lebih jelas dan terang.
Filem ini juga memberi fokus kepada generasi moden untuk mengenali muzik-muzik rock era 80an dan 90an. Filem ini semestinya merupakan sebuah ‘feel good movie’ untuk tahun ini. Banyak pengajaran yang ingin disampaikan contohnya Dio sering dihantui oleh kesilapan lama yang pernah dilakukan bersama ahli kumpulan dulu. Jadi, Dio ingin menebus segala rasa salah dengan membawa naik kumpulan Rimba Bara 2.

Nantikan di pawagam!

Nantikan filem Rock 4: Rockers Never Dai akan menemui para penonton di 131 buah pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei mulai 20 Februari 2020. Layari laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube Primeworks Studios untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh gunakan tanda pagar #rock4 #rockersneverdai #rimbabara2 bagi berkongsi ulasan tentang filem ini.


The following two tabs change content below.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top