HOME »
ArtisTanah Air
»
Haziq bakal keluar single pertama
Haziq bakal keluar single pertama
Posted by Gampang on Tuesday, March 03, 2020 |
ArtisTanah Air
Haziq bakal keluar single pertama | SELEPAS tujuh bulan berehat akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya tahun lalu, bekas vokalis Putera Band, Haziq, kini semakin sembuh dan sudah mampu berjalan.
“Alhamdullilah keadaan saya sekarang makin baik setelah berapa bulan berehat di rumah.
“Sepanjang tempoh itu, banyak pengajaran yang saya dapat selain sentiasa bermuhasabah diri.
‘Saya sedar, hidup ini kena ada limit dalam apa pun yang dilakukan termasuk untuk keluar dengan kawan-kawan,” katanya kepada Sinar Harian.
Bangkit kembali untuk meneruskan kerjaya seninya, Haziq bakal muncul dengan single pertamanya pada bulan Jun depan selepas lebih setahun bergerak solo.
Haziq atau nama penuhnya Muhammad Haziq Hasbullah, 20, ketika dihubungi berkata, dia masih mengekalkan genre balad moden untuk single solonya itu.
“Konsepnya nanti lebih kurang macam lagu kedua bersama Putera Band dulu, lagu Tersiksa dan peciptanya juga masih orang yang sama, Haqiem Rusli.
“Saya memang suka genre sebegitu, tambahan pula lagu-lagu hasil ciptaan Haqiem Rusli memang sesuai dengan saya.
“Harap peminat bersabar menantikan comeback saya untuk single solo ini,” ujarnya.
Haziq sebelum ini terlibat dalam kemalangan ketika membonceng motosikal bersama rakannya di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 5 Julai tahun lalu sehingga menyebabkan kaki kanan cedera teruk akibat salur darah putus.
PALING HOT
-
TANDA TANDA PUTING BUAH DADA WANITA YANG KERAP DIHISAP LELAKI | Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar mengg...
-
Hari ini bagi yang gemar makan kuih bom pisang tu boleh la mencuba resepi kuih bom ni,dijamin puas hati dengan hasilnya...jom kita s...
-
RAKAMAN sekumpulan lelaki ‘menangkap’ sepasang kekasih berkelakuan sumbang dan kemudian memaksa pasangan itu meneruskan aksi panas me...
-
Tahukah Anda Mengapa Enjin Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti Makan? | Bagi yang pernah menaiki bas dan berulang alik k...
-
BAHAN-BAHAN RESEPI KENTANG PUTAR (KENTANG): 8 biji kentang 1 kotak kecil susu segar sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar) se...
No comments: