Ernie Zakri Sudah Berhijab Comel Macam Budak Sekolah



Ernie Zakri Sudah Berhijab Comel Macam Budak Sekolah


Ernie Zakri Sudah Berhijab Comel Macam Budak Sekolah

Sapa Tak kenal  penyanyi, Ernie Zakri, 28,  yang bersuara merdu telah bertekad menukar penampilannya kini mula berhijab..


Menurut Ernie  dia nekad memakai hijab secara rasmi, hari ini.
“Jujurnya, saya masih dalam proses membiasakan diri.
“Moga saya terus istiqamah dan melakukannya iklas kerana Allah SWT.
“Ikutkan, saya sudah lama menyimpan niat mahu berhijab. Cuma, kekuatan untuk melakukan perubahan makin mencengkam diri selepas kita diuji dengan musibah penularan wabak COVID-19,” 
bekas Juara pertandingan Bintang RTM 2009 itu berkata, dia menghantar mesej pada ibunya pada jam 2 pagi, semalam untuk memberitahu keinginannya mahu berubah imej baru.


gambar Ernie Zakri  Berhijab Comel Macam Budak Sekolah


“Saya mesej Mama, biarpun kami tinggalsatu bumbumg. Saya berada di tingkat atas, Mama pula di tingkat bawah. Saya nyatakan keputusan mahu berhijab.
dan berita ini, sangat menggembirakan hati Mama. Saya akui ada di kalangan ahli keluarga yang terkejut dengan keputusan saya, apatah lagi pada saat kerjaya sedang berkembang.
tapi  Saya percaya seseorang harus tekad membuat keputusan besar dalam hidup, terutama soal penghijrahan diri tanpa dari tekanan sesiapa,” katanya.
Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakrie berkata, dia sebenarnya pernah berjanji dalam diri, insyallah  tahun 2020 menjadi titik penghijrahan buatnya.
“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan tersusun  sangat cantik.
“Pada saat saya sedang berehat daripada kerja seni akibat situasi penularan wabak COVID-19, Allah SWT membuka hati dan memakbulkan doa saya.
“Saya mungkin mengambil masa untuk buat keputusan  ini, tetapi ia adalah kewajipan,” katanya.

 Ernie Zakri bertudung Comel Macam Budak Sekolah

Katanya, dia sudah terdetik dalam hati mahu berubah menjadi lebih baik sebelum menunaikan umrah pada penghujung tahun lalu lagi.
“Saya rasa sangat gembira dan lengkap setiap kali bertudung. Penghijrahan ini tidak akan mengubah diri saya dan apa yang dilakukan. Saya akan terus menyanyi,” 
Ernie berkata, dia berharap peminat tidak keliru sekiranya ada rakaman atau gambar tidak bertudung disiarkan.
“Jika nampak saya tidak bertudung, itu gambar atau video lamasaya ,” katanya memohon ditetapkan hati. dan doa dari peminat2 yang disayangi- FS Terbaru 


Sumber: BH Online 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top