AKHIRNYA TOMOK,SHUIB & BLACK“ BUAT PERMOHONAN MAAF”! – ISU BANTUAN KHAS ARTIS



Penyanyi Black dan Tomok mencadangkan bantuan khas untuk penggiat seni yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya memakan diri apabila mereka berterusan dikecam netizen di laman sosial.
Enggan membiarkan isu ini berlarutan, Black tampil membuat permohonan maaf dan mengakui saranannya itu hanya mengundang rasa kurang senang orang ramai.
Justeru itu, Black atau nama sebenar Hanifah Md Hanafiah meminta netizen menghentikan kecaman dan tohmahan terhadap dia serta keluarga.
“Baru-baru ini saya ada keluarkan kenyataan membuatkan orang tak selesa… marah dengan kenyataan saya itu. Niat saya nak membantu tapi mungkin cara penyampaian salah.
“Ada komen-komen daripada saya juga yang buat orang marah… saya ingin mohon maaf secara terbuka atas kesilapan saya.

“Saya juga manusia biasa melakukan kesilapan, harap sangat netizen di luar sana dapat hentikan komen-komen yang tak baik ke atas saya dan keluarga,” katanya menerusi Instagram pada malam Isnin.
Sementara itu, sahabat baik Black iaitu Tomok turut membuat permohonan maaf berhubung isu ini.
“Untuk tidak menjadikan keadaan semakin buruk saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia… maaf sekiranya kenyataan saya di Instagram tempoh hari ada menyakiti hati kalian.

“Saya juga manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan… maafkan saya semua. Marilah kita sama-sama doakan semoga negara kita dan dunia bebas daripada Covid-19,” tulis Tomok.
Dalam pada itu, salah seorang lagi selebriti yang menyokong kenyataan Black dan Tomok iaitu Shuib turut membuat permohonan maaf atas keterlanjuran katanya itu.
“Saya mengambil apa yang berlaku berhubung kenyataan saya tempoh hari sebagai kesilapan sendiri. Saya mohon ampun serta maaf dan saya harap isu ini selesai.

“Saya terima apa juga kata-kata anda. Satu yang pasti, saya selalu kenang jasa anda semua yang menyokong saya. Sama-sama kita berdoa agar negara kita lekas bebas dari Covid-19.
“Semoga kita sentiasa dilindungi, diberkati dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Sama-sama kita bantu mana yang memerlukan dan semoga kita terus tabah dalam ujian ini,” ujarnya.
Sebelum ini, kecoh apabila selebriti Black Hanifah, Tomok dan Shuib menyuarakan pandangan mereka mengenai anak seni khususnya artis veteran dan pekerja belakang tabir perlu dibantu.
Isu tersebut mendapat perhatian netizen yang kurang senang kerana menganggap golongan artis mempunyai kehidupan mewah seperti yang sering dipamerkan di media sosial.SUMBER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top