Azan Digunakan Sebagai Muzik Intro Persembahan Separuh Bogel Di Australia


    • Video yang dirakam oleh pengulas sukan, Akbar Saharie itu telah dimuat naik pada 10 April 2018 ketika beliau sedang menjalankan tugas di Queenland, Australia.

      Menurutnya, pada ketika itu beliau sedang bersiar-siar di sebuah pekan kecil yang diberi nama Broadbeach. Tanpa disangka, laungan azan tiba-tiba berkumandang di tengah-tengah pekan kecil tersebut.
  • Pada mulanya, beliau berasa cukup kagum kerana berpeluang mendengar laungan azan di pekan kecil tersebut. Namun, persepsinya terus berubah selepas itu.

    • Dalam video berkenaan, Akbar merakam suasana yang menunjukkan 5 penari separuh bogel sedang bersedia untuk melakukan persembahan di atas pentas.

      Alangkah terkejutnya beliau apabila melihat penari-penari berkenaan terus memulakan persembahan sebaik "intro" laungan azan tamat.

      Lebih aneh, azan yang dilaungkan itu hanyalah sekerat. Lihat video di bawah:
    • Terkesan dengan apa yang berlaku, Akbar meluahkan kemarahannya di ruangan caption yang berbunyi seperti berikut:

      BIADAP! Sungguh biadap!! .


      Azan digunakan sbg muzik intro persembahan separuh bogel!! .

      Pada awalnya saya kagum apabila pertama kali dgr laungan azan di speaker di tgh pentas di tengah2 pekan kecil di Broadbeach. Tapi pelik kerana waktu masih awal dan belum masuk waktu Zohor. Rupanya ia jadi muzik / intro pembuka persembahan tarian 5 lelaki separuh bogel di atas pentas. Saya sangat marah dan kesal dgn rasa tidak hormat kerajaan tempatan membiarkan artis mereka ini menghina agama Islam.

      Laknatlah engkau wahai kaum kafir!!!

        • I was on my way to work to the IBC when I heard the Muslim call to prayers a.k.a. azan. I thought it was a genuine call but was shocked and disgusted to find that it was used as intro 'music' to a bunch of half naked amateur performers. Confused on how this was approved or overlooked, especially when it was on one of the Festival 2018 stage in conjuction with the on going Commonwealth Games. The games as propagated have always been about unity and this was definitely insulting. The Azan is not a prop song for your own self-obsessed entertainment. It plays a significant part in more than 1.5 billion people's lives around the world.
      • Rata-rata netizen juga tidak senang dengan kejadian tersebut. Masing-masing meluahkan rasa marah di ruangan komen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top