Mr Bean Sudah Bercerai


Sebut sahaja Mr Bean pastinya semua mengenali. Mana tidaknya lakonannya menerusi watak Mr Bean sangat mencuit hati penonton.
Namun siapa sangka disebalik lagatnya yang mencuit hati ada juga perkara yang kurang enak didengar. Aktor yang popular menerusi watak Mr Bean itu sah bercerai gara-gara menjalinkan hubungan cinta dengan seorang aktres yang jauh lebih muda darinya.
Rowan Sebastian Atkinson, 64, dan Louis Ford, 32, dikatakan berkenalan sewaktu mereka terbabit dalam satu pementasan di West End pada tahun 2013.
Kini perkahwinannya yang dibina selama 24 tahun bersama isterinya, Sunestra Sastry akhirnya menemui titik noktah.
Mereka berkahwin pada tahun 1990 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Ben, 22 dan Lily, 20.
Prosedur perceraian pasangan itu berlaku dalam jangka masa yang begitu pendek iaitu 65 saat kerana kedua-dua belah pihak mencapai kata sepakat untuk bercerai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top