Gara-Gara Kebenaran, FB Hafiz Mansor, Pengasas CoolHijab Diblocked


Gara-Gara Kebenaran, FB Hafiz Mansor, Pengasas CoolHijab Diblocked |Ramai yang masih tak kenal siapa Hafiz Mansor ni. Beliau adalah pengasas CoolHijab, dan penulis buku Bagaimana Bankrup Menjadikan Aku Kaya. Buku tersebut menceritakan pengalaman beliau dalam bisnes dari A sampai Z, dari kaya (semasa belajar) ... kemudian jatuh, lepas tu bankrup ... dan kemudian berjaya mengasaskan CoolHijab yang menjadikan Hafiz seorang usahawan yang berjaya - Berniaga 7 tahun, dan bankrup kemudian kaya dalam tempoh 6 bulan!

Anda tentu nak tahu, apa yang dikatakan oleh si Hafiz Mansor .. orait, berikut adalah sebahagian daripada apa yang dikatakan oleh Hafiz Mansor mengenai negeri Perlis, negeri kelahirannya...


Hafiz Mansor dilahirkan di Perlis pada tahun 1984, jadi boleh kira berapa umurnya sekarang. Nama sebenar beliau ialah Nor Mohd Hafiz bin Mansor. Berniaga sejak dari bangku sekolah dengan menjual kacang kuda pedas. Masuk darjah enam, beliau menjual kad nama ... saya pun pernah jual kad nama ni kat sekolah, tapi sekolah menengah la .. sebab saya lagi tua dari si Hafiz ni.

Hafiz Mansor pernah belajar di Maahad Tahfiz di Arau, Perlis. Tapi tak lama kat Maahad tu sebelum sambung belajar kat Sekolah Agama Al-Islahiah Behor Mali, Perlis.

Kehidupan masa kecil di Perlis tidaklah indah. Masa tahun 1997, Hafiz terpaksa berdepan dengan hakikat penceraian kedua ibu bapanya. Sejak dari itu, Hafiz dijaga oleh ibunya dan terpaksa belajar lebih berdikari tanpa seorang bapa.

Seorang yang sangat berbakat dalam melukis dan grafik, Hafiz pernah menang banyak pertandingan melukis malah kerana lukisanlah beliau mendapat tajaan biasiswa RM10K untuk belajar dalam Diploma Lukisan dan Ilustrasi di The One Academy.

Semua kisah ini sebenarnya dah tertulis di dalam buku Bagaimana Bankrup Menjadikan Aku Kaya. Saya dah khatam baca buku tersebut dan banyak perkara mengenai realiti kehidupan, amalan bisnes, dakwah, serta banyak tips marketing dan cara nak jana income tanpa perlu makan gaji didedahkan.

Berminat nak dapatkan buku tersebut? Boleh beli di sini -  Tempahan Buku Hafiz Mansor (Terhad)


Beliau orang Perlis. Lahir di Perlis. Beraya di Perlis. Dan beliau telah hasilkan banyak buku dan panduan untuk bantu usahawan di Malaysia, bukan setakat usahawan dan rakyat negeri Perlis tetapi usahawan serata Malaysia. Tak percaya? Cuba anda lihat kejayaan usahawan-usahawan berikut yang telah dibantu oleh Hafiz Mansor:
Orang Perlis patut bangga kerana lahirnya manusia bernama Hafiz Mansor ini. Beliau boleh dijadikan ikon untuk remaja dan belia, sebab beliau dari kecil berdikari .. malah nak masuk belajar diploma pun tak harapkan duit mak bapak dia ... semua diusahakan sendiri dan berjaya pula tu.

Apa yang disebut oleh Hafiz Mansor dalam FB mengenai kehidupan negeri Perlis adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya yang mungkin sedikit kritis, tetapi ia kebenaran. Tak perlulah rakyat Perlis sentap dengan apa yang diluah dan dikatakan. Berlapang dada. Kena hadap benda ni. Adalah lebih baik dijadikan pengajaran dan perbaiki mana yang patut.

Kalaulah si Hafiz Mansor ni tidak menulis .. ramai yang akan anggap Perlis indah khabar dari rupa. Dari kena maki dari orang luar yang datang ke Perlis, adalah lebih baik terlebih dahulu Hafiz Mansor menulis dengan caranya untuk tegur dan buka mata semua pihak akan realiti yang berlaku di Perlis.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top