Guru Dera Murid OKU


Guru Dera Murid OKU|Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan akan menyiasat kes seorang murid OKU yang dilumur mukanya dengan makanan di kantin sebuah sekolah di Sikamat, di sini.

Pengarahnya, Rusni Ab Jalil, berkata, pihaknya akan menyiasat kes tersebut secara terperinci dan tindakan akan diambil sekiranya benar berlaku.

“Kita masih menyiasat kes ini dan tindakan akan dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya ringkas di sini, hari ini.

Semalam, seorang ibu kepada murid OKU yang mengalami masalah autisme mendakwa guru sekolah tersebut melumurkan makanan di muka anaknya di hadapan murid lain di sekolah.

Ibu murid tersebut mendakwa guru berbuat demikian kerana mahu mendisiplinkan anaknya berikutan lambat menghabiskan makanan pada waktu rehat.
Luahan hati ibu tersebut mendapat simpati netizen dan menjadi viral di laman Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Write a Comment

PERINGATAN: Pihak F&S NETWORK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PALING HOT

Subscribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Top